Hadiah Hari Raya

Selamat Hari Raya Semua..


1 Syawal..hari semua umat Islam diharamkan berpuasa..setelah sebulan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Sebelum ni, tak ada masa berkongsi dengan sesiapa mengenai hari raya baru-baru ni. Nak call sesiapa pun rasa cam tak perlu. Mungkin tak ada pun yang sibuk dengan handphone time-time raya. Akhirnya, handphone cuma terperosok atas katil,bawah-bawah bantal..Bertuah la siapa yang dapat mesej aku time puasa and raya. Korang patut rasa beruntung tau. Simpan mesej tu sampai tahun depan. Takut-takut aku tak hantar mesej dah.hehe..

Macam biasalah, pagi raya..lepas kaum-kaum lelaki di rumah aku pergi sembahyang raya, kami akan makan, sebat habis apa yang ada atas meja pagi raya tu. Aku pun tak ingat dah berapa jenis menu ada atas meja. Semua aku makan sekali harung..Berat badan makin susut, Aku pun tak tau kenapa..

Lepas makan, mulalah proses bersalam-salaman.. Waktu ni, tak ada seorang pun yang tak mengalirkan air mata. Entahlah, tiap kali bersalaman time raya mesti terasa sebak. Manusia, tak lepas dari melakukan kesilapan. Aku juga macam tu.. 

Lepas bersalaman, family besar aku ni akan bergambar. Buat kenangan..Tahun ni yang seronoknye, semua adik beradik aku ada kat rumah. Maklumlah, bila masing-masing dah kahwin, ada yang terpaksa ikut suami, ikut isteri..balik umah mak ayah masing-masing ikut giliran. Tapi kali ni, Alhamdulillah..Semua ade..^_^

Baju raye? 2 hari sebelum raya kami dah balik rumah. Tak macam raya sebelum-sebelum ni. Malam raya still menjahit. Tu yang melengkapkan lagi happy raye aku tahun ni. Lepas bergambar? tak sempat siap bergambar, dah ada tetamu datang beraya..so, ape lagi..melayan tetamu la..hehehe.. Selamat Hari Raya Semua..

Hadiah hari raya aku..sebuah keluarga yang bahagia..ibu bapa yang penyayang..abang-abang yang melindungi adik-adiknya, kakak yang penuh pengertian, dan adik-adik yang.....dengar cakap aku..."adik,amikkan air" "acik,nak kuar bilik bawakkan henpon," haahahaha

p/s Raya tahun ni, aku tak tunggu sesiapa..Sebab aku tahu penantian tu cuma sia-sia. 
      Jauh di suatu sudut, ada sepasang baju kurung biru yang tak dipakai.

2 comments:

ayienz said...

slamat hari raya dila... maaf salah silap ak slame ni... hepi tgok pic raye ko.. jmpe nnt...

alimaz kembara terasing said...

selamat berkenalan.... meriahnya raya anda ya....

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida