Kisah Seorang Puteri

Pernah tak dalam hidup korang, korang rasa…korang dah cukup berusaha untuk buat yang terbaik? Tak kira lah dari segi apa pun? Pernah tak,setelah berusaha sehabis daya akhirnya korang mengalah.. Dan tiba-tiba ada seseorang cakap pada korang.. “that’s what you want..” tak kira lah macam mana pun penerimaan orang lain, tapi bila mengingatkan semula usaha yang pernah kita buat,pasti akan menerbitkan satu perasaan halus dalam diri kita.. Perasaan ‘lelah’ dan letih untuk terus berusaha. 

Pernah dengar cerita tentang seorang puteri di sebuah Dragon City? Dulu, ada sebuah kisah.. Seorang puteri kepada Seekor Naga yang dijaga dengan sangat rapi. Tapi terpaksa melepaskan puteri itu pergi berkelana seorang diri. Sebab, puteri tu cakap, suatu hari dia bermimpi.. Dihujung perjalanan dia mengembara, ada suatu cahaya menyinar terang hingga mampu menerangi seluruh taman bunga dihujung dunia Sang Naga. Puas si puteri merayu kepada Sang Naga untuk membenarkan dia pergi mencari bahagia itu. Walau berkali-kali ditegah oleh Sang Naga..Walau berkali-kali diperingatkan bahawa jalan menuju ke sana bukanlah sesuatu yang mudah. Kerana sepanjang perjalanan menuju ke Taman itu penuh dengan duri berbisa. Tapi si puteri tetap dengan pendiriannya. 

Maka berjalanlah puteri dengan penuh kelengkapan di bawa bersama. Pertama kali bajunya tersangkut di duri yang menghiasi jalan ke taman itu, si puteri berkata, “oh,nasib baik aku memakai baju 2 lapis. Mujur tak terkena kulit.” Perjalanan diteruskan. Bibirnya menguntum senyum melihat bunga-bunga yang diselang-seli duri yang menghiasi perjalanannya itu. Membuat puteri lupa pada luka ditubuhnya.

Bulan berganti bulan, sudah jauh perjalanan puteri, habis baju puteri itu koyak rabak.hingga ada kulitnya yang merah-merah terkena duri. Puteri itu kelelahan, dia berhenti di tengah jalan. Memikirkan samaada untuk berpatah balik atau meneruskan perjalanan. Namun kaki tetap terus dihayun melangkah ke depan. Air mata si puteri mengalir, menahan sakit tertusuk duri. Si puteri jatuh terduduk. Air matanya mengalir laju. Tapi tiada siapa yang boleh membantu si puteri lagi memandangkan sudah terlalu jauh dia meninggalkan tempat asalnya. 

Dari tempat si puteri itu terduduk, dia masih belum terlihat cahaya dan taman yang diidamkan. Makin menyedihkan,duri yang menghiasi perjalanannya semakin kasar dan bunga-bungaan sudah makin sedikit berbanding permulaan perjalanannya tadi. Si puteri akhirnya merintih seorang diri. Kakinya sudah terlalu sakit untuk melangkah, terasa sudah habis segala kudratnya untuk terus berjalan. Dan akhirnya dia membuat keputusan untuk berhenti di situ. Tanpa ada langkah menuju ke destinasinya lagi.

Memang, tak patut kita merasakan semua tu. Seharusnya kita terus berusaha..walau jatuh tersungkur,walau lutut terus berdarah terkena duri sepanjang perjalanan ke destinasi itu, walaupun kaki langsung tak daya nak melangkah lagi..langkah tu tetap harus diteruskan. Kerana barangkali mungkin cahaya di taman idaman itu hanya tinggal beberapa langkah saja lagi. Bukan sepatutnya macam tu ke? Tapi puteri itu? dia memilih untuk berhenti melangkah..Tapi kenapa pilihan tu yang dia buat? Sebab kaki dia tak mampu lagi melangkah. Duri yang menghiasi perjalanannya terlalu banyak. Terlalu tajam untuk dia redah..Sakitnya menjalar ke satu tubuh.. Mungkin bagi orang lain, duri itu terlalu kecil dan halus untuk menyakiti 1 tubuh itu.. Tapi, keadaan akan jadi berbeza..kalau duri yang kecil dan halus tu dikumpulkan dalam bilangan yang banyak. Sakit kan? Terlalu sakit..Mungkin kerana itu kaki ini tak mampu lagi untuk teruskan perjalanan. Walaupun mungkin di hujung perjalanan itu akan ada sinar bahagia.. Sungguh…rupanya begitu tinggi nilai untuk aku mencari sinar bahagia itu..


-Quote from iluvislam-
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya. Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.


Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)


Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)


Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)


Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)


Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)


Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida