Followers

23 November 2013

Pemergian Ahmad Ammar

Assalamualaikum semua..

Hari ni setelah beberapa hari melihat saja di facebook berita pemergian Al-Marhum Ahmad Ammar bin Azam baru-baru ni..tergerak hati untuk mencari siapakah sebenarnya insan yang disebut-sebut. Sebak rasa hati saat mengenali perwatakan beliau. Dan terasa masih jauh diri ini untuk mencapai tahap itu. Yang kadang kala iman ini seperti roda..kejap di atas..kejap di bawah..Kadang terlalai..kadang terbias dengan duniawi. Kadang mencari nikmat dunia,melebihi nikmat akhirat. Mencintai dunia melebihi akhirat. Sibuk dengan kerja seharian hingga kadang terlupa membasahi bibir dengan zikrullah.  Syukur alhamdulillah..Allah menggerakkan hati untuk mengenalinya walau hanya melalui pembacaan. Menarik hati untuk kembali berpegang teguh pada panji Allah.

Coretan di bawah ini adalah coretan dari sahabat beliau.


Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE

Tanda-tanda Bersalin

Salam semua pembaca..
Hari ni dah masuk hari ke-3 aku mengulang ke klinik untuk check jantung baby. Almaklumlah...dah postdate la katekan. Sepatutnye due 20hb 11. Tapi tak ada tanda lagi baby nak keluar. Seronok sangat duk dalam perut mummy die kot. So, nak dijadikan cerita tiap-tiap harila kena mengulang klinik. In case ada perubahan pada condition baby ke kan. Mane tau...

Setakat ni aku tak rasa sakit pape pun lagi. Orang kate, nanti ade contraction..selang 20 minit..patu makin dekat nak bersalin makin kerap and sakit tu makin lama. Tapi seriously aku tak merasai lagi menda alah tu semua. Steady je siap leh berlari lagi time nk angkat kain kalu tetiba hujan turun mencurah-curah tanpa aku sedari. Kekadang lupa je dalam perut ni ada baby. Berlari tak hengat. -Istighfar terus time tu..buatnya pape jadi. Kaki terpeleot ke..tersadung ke..gile kau.

But make sure even korang takde signal ke nak bersalin lagi..tetap kena monitor gerak baby. Takut tetibe baby senyap sunyi je..acaner?

Tanda-tanda nak bersalin lebih kurang camni la :

Sakit Belakang
Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang. Keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang.
Bagi mengurangkan rasa sakit belakang yang dialami,posisikan diri anda seperti merangkak,kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas. Lakukan sehingga kiraan lima.Ulangi cara yang sama untuk beberapa kali. Selain itu, anda juga boleh mengurangkan rasa kesakitan dengan banyak berjalan. Malah, ia juga membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut bahagian belakang semasa anda berbaring secara mengiring.

Kontraksi rahim
Kontraksi adalah  rasa tegang pada perut malah kadang-kadang anda  akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari-ari.
Sekiranya sudah mengalami kontraksi,cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya. Kontraksi sebenar berlaku secara  teratur  pada jarak masa yang konsisten.
Jika kontraksi yang dialami berlaku setiap lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan semakin kerap,segera bergegas ke hospital pilihan agar anda boleh mendapatkan pemantauan daripada doktor yang memeriksa kehamilan.Perlu diingatkan bahawa braxton Hicks tidak sama dengan kontraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.

Bloody show
Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj.Lendir ini merupakan pluk mukus seperti gam lekang yang keluar dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis.Perlu diketahui, apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan.

Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks.Lendir yang sama juga menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi.Jika anda mengalami tanda sebegini, anda tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital.  Hal ini kerana tanda seperti ini mengambil masa tertentu sebelum anda melalui proses kelahiran.Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

Pecah Ketuban
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak.Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna.Sebaliknya jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih  berada dalam kandungan.

Ramai wanita hamil  yang keliru tentang perbezaan air ketuban dan air kencing.Untuk pengetahuan,air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.Air ini berwarna jernih dan tidak berbau. Tidak seperti air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing.

Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.Jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Sementara itu, menurut kajian kebanyakan wanita tidak pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin.Apa yang berlaku ialah doktor akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku,pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis.Walau bagaimanapun,hanya doktor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.

Perut memulas
Disebabkan bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan,ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar. Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin membuang air besar.Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tanda umpamanya.

Perut "turun"
Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah,manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong.Keadaan ini menandakan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Hal ini biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.

Kerap membuang air kecil
Apabila bayi sudah bergerak ke bawah,sudah pasti ia akan memberi tekanan pada pundi kencing. Atas sebab itulah,anda akan mula kerap berasa hendak membuang air kecil.

Tapi perlu diingatkan, air ketuban boleh keluar dalam kuantiti yang sedikit jugak. Bukan terus sedebuk macam tu.. Aku baru tau info ni dari nurse kat klinik aku selalu cek tu. So, haritu aku dah pernah sekali terjadi kat aku, mase aku tengah syok mengemop lantai dengan gigihnye. And kalau jadi lagi sekali..I need to go to hospital. Kerana dikhuatiri air ketuban dah berkurangan yang mana boleh mendatangkan kemudaratan pada baby..understand?

credit to google

29 October 2013

Part 3 : Snow bear Advance Electric Breastpump

Salam readers,

First of all nak ucap tahniah for my sister yang kawen serentak dengan aku haritu, dah pun selamat melahirkan bayi sulung lelaki beberapa hari yang lalu..Muhammad Izz Rizqi. Tak lama lagi aku pulak coming soon. Haish..takut pulak. Makin berdebar rasa.

Sekarang my baby dah cecah minggu ke 37..Barang-barang semua alhamdulillah dah siap beli. Tinggal minyak barut aku and breastpump je lagi tak jumpe. Seminggu dua ni sibuk menggoogle breastpump ape yang murah dan berkualiti. Hehe..memang la kan. Kalau aku cari semestinya nak yang murah. Tapi kalau murah sangat dan tak berkualiti, aku pun tak nak beli. Tapi kalau sampai nak beli brand Medela,memang la tak mampu. Tak kerja beb..mana nak cekau duit?

Azam aku kononnya nak exclusive breastfeed untuk anak pertama aku yang bakal lahir ni. Kononnya..tapi tak taulah..jangan hangat-hangat taik ayam sudahlah. Step yang pertama aku dah beli set breastfeeding dari shaklee..ingat nak makan before delivery kan. So, harap-harap baby lahir je, susu dah siap boleh buat stok. Then step ke 2, cari breastpump electric yang murah dan berkualiti. Harap boleh coop dengan aku untuk proses menyusukan baby aku nanti..

Dan yang paling penting bagi bakal ibu-ibu yang berhajat untuk menyusukan bayi mereka, adalah persediaan mental dan fizikal. Rasanya mental ni macam dah sedia. Fizikal..erm..huhu..harap-harap.

Semalam dalam pada google-google cari breastpump, jumpa yang pureen battery operated new product punya. Bukan version yang dulu. Sebab yang keluaran dulu katanya ramai customer complaint. So dia keluarkan la breastpump design baru. Harga murah, RM160 je. Compare dengan yang dulu, harga RM110. Aku pun dah excited. Tapi bile dapat tau dari akak aku yang brand tu tak bagus, so terus kena reject. Yang tak bestnye tau ape? Suction breastpump ni agak menyakitkan. Jadi untuk beginner, sape yang nak nightmare buat pertama kali experience breastfeeding baby...errr...boleh la kalau nak try.

Akak aku suggest snowbear ataupun autumz. So aku pun google la lagi kan. Tengok customer punya review pasal semua breastpump letrik tu kira cam ok-ok je la kan. Kira cam ape orang kata, nak murah tapi berkualiti..tak gitu. So, tengok pada review pasal Snow bear electric breastpump, aku cam dah berkenan je. Then jumpa pulak tempat nak beli bpump tu kat facebook snow bear. Ape lagi..terus order. Tapi tak boleh la nak bagi review lagi. Haku nk review ape kan..

Yang bestnye breastpump ni suctionnya tak menyakitkan. Saiz dia kecil dan ringan. Of kos la pureen pun kecil dan ringan kan. Tapi yang besnya lagi satu snow bear ni tak mengeluarkan bunyi macam generator bila proses mengepam susu. Kekadang tu aku baca review bpump lain, ada yang bunyi macam generator. Sampai jiran katil sebelah pun boleh dengar..Kantoi...


Then the third choice is unimom allegro. Tapi brand ni mahal sikit compare dengan snowbear and pureen. Brand ni akak aku pakai. Harga dia around RM300. theeeeee... :D mahal untuk orang macam aku yang tak bekerja ni. .

So, keputusan adalah muktamad. Stick to snow bear je la ye. Murah sikit. hohoho..Okla..nanti aku review pasal snowbear ye..daaaa

P/s If ada sesiapa yang nak order, boleh roger aku ye.

18 October 2013

Baby Checklist : Part 2

Assalamualaikum..

Dah nak dekat dah...!!! Tak lama lagi dah ni!! Camne ni!!! *_* tatoit...Agaknye, apa perasaan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak sulung mereka ek? Macam aku jugak ke? Perasaan seronok, tak sabar-sabar, teruja, tapi dalam masa yang sama rasa takut, cuak, berdebar..segala macam bercampur jadi satu. Tapi walau takut ke..cuak ke..berdebar ke..tetap kena hadapi jugak kan. Macam nak pergi jawab exam. Walaupun kita rasa kita belum cukup bersedia dan belum cukup ilmu di dada..dan subjek tu jugak belum kita master..nak tak nak kita terpaksa jugak melangkah masuk ke pintu dewan peperiksaan. Sama jugak macam bersalin nanti..Cis..bertambah cuak pulak bile story pasal ni. Padahal aku nak update pasal barang baby yang dah dibeli. Tak tau la lengkap ke tak.

Pakaian Baby :
1- Baju siang/malam = DONE
2- Tuala mandi = DONE
3- Bedung = DONE
4- Barut = Buat sendiri. Next week
5- Sapu tangan

Diapering
1- Diapers = DONE (Beli banyak sebab harga murah..Sape-sape nak beli,roger aku..aku kasitau katne)
2- Wet Tissue = DONE
3- Changing mat = DONE
4- Bakul baby

Baby Care and Grooming
1- Bedak = DONE
2- Minyak bayi = DONE
3- Mandian = DONE
4- Cotton Bud
5- Cotton Balls = DONE
6- Nappy cream
7- Minyak Telon

Keperluan Tidur
1-Tilam = DONE
2- Bantal / Bantal Peluk = DONE
3- Kelambu
4- Baby Cot

Feeding
1- Botol susu
2- Puting susu saiz S
3- Berus pembersih botol
4- Breast pad disposable
5- Breast pump
6- Cooler set bag
7- Nursing pillow
8- Nursing bra =DONE
9- Termos

Travel
1- Beg Bayi
2- Bottle warmer
3- Baby carrier
4- Stroller
5- Nursing cover
6- Car seat

Keperluan Berpantang
1- Set berpantang
2- Tungku baby
3- Baju sejuk = DONE
4- Kain batik = DONE
5- Stokin = DONE
6- Maternity pad = DONE
7- Bengkung = DONE
8- Tuala = DONE
9- Air zam-zam@selusuh
10-Selipar

Banyak lagi tak settle sebenarnye..Ada sape-sape nak sponsor tak? hihihi...okla..Nanti kita jumpe lagi ye.

Part 2 : Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak sambung jadi penglipur lara korang lagi sekali. Setelah sekian lama cerita terkubur macam tu aje.Yes...Cerita ni kalau tak dikongsi, mungkin suatu hari bila aku makin meningkat usia,mungkin akan lupa jalan ceritanya. Kan? Blog, salah satu cara untuk aku mengabadikan kenangan ni, supaya nanti bila aku dah tua-tua nanti,aku baca semula..mungkin akan membuatkan aku tersenyum simpul sorang-sorang. hihihi...

Ataupun,mungkin jugak aku boleh tunjuk kat anak aku. Ha,kan..waktu tu baru diorang tau betapa canggihnye aku dulu. Berblogging..cewah..Atau mungkin akan datang, blog pun dah tak ada?
Kali ni, aku nak stori pasal hari persandingan aku. 18 November 2012.

Perkahwinan aku dibuat serentak dengan kakak aku. Sebab beza umur kami cuma setahun. Tapi kalau dikenang-kenang, zaman sekolah dulu tak pernah terfikir atau terbayang pun dikepala yang kami akan bersanding di atas pelamin yang sama..dan pada hari yang sama. Sumpah, tak pernah terlintas langsung. Maklumlah, dulu aku memang tak sebulu je ngan kakak aku. Kawan dia, aku tak campur..Kawan aku,silap-silap langsung dia tak kenal.

Dulu kalau lawan bola jaring kat sekolah, selalu gaduh. Dan kebiasaannya aku tak akan satu team dengan akak aku. Mana boleh, musuh ketat tu..Tapi masa dan usia betul-betul membuatkan kita matang. Jarak yang jauh akhirnya membuatkan kita sedar, ikatan itu takkan pernah putus. Malah makin kuat. Errr...ni cerita pasal apa ek?

hihi..gua salah tajuk ke? Ok..start dengan majlis persandingan kitorang.

Tepat jam..9.30 pagi..tepat ke ek? Tak sure la tepat jam 930 pagi ke mak andam kitorang datang. Ha! we share the same mak andam. Too sad, aku tak suka mekap dia. Aku tengok muka akak aku, patu cermin muka aku. Mekap yang sama, tapi versi muka yang berbeza. Sedih!

Tapi tak boleh nak buat ape la kan. Redha je la. (aku tak nak letak gambar close up mekap tu)

Pakai sendiri weh!

Paling tak boleh lupa masa aku nak sambut pengantin lelaki. Payung aku tak de weh!! Gamble je jalan..ceitt.. Tak sopan sungguh. Nampak sangat tak sabar nak bersanding ye.

Lepas bersanding dan ditepung tawar oleh family dan kawan-kawan..amik gambar ala kadar, patu gi makan. Serius lapar sangat. Tapi bila suruh makan tak nak pulak kan. Theeeee time makan beradap pun aku tak makan sangat. Disebabkan aku sakit gigi. Ngilu gila kau...Tapi pura-pura senyum sebab aku tau ada banyak kamera kat depan.

dah kenape muka masing-masing camtu...haish..

This is my husband

Thanks kawan-kawan yang datang..

Sara amik berkat ke?

 I am a mommy to be

Tadaaa!!! time potong kek! kesimpulannya, kek sedap. hehe..(aku tak suke gambar suap menyuap yang selalu orang amik tu. Sebab nanti nampak gigi kapak aku yang besau tuuu!!! Jangan tanya kenapa aku tak upload gambar potong kek..

Lepas habis semua program, kitorang bergambar lagi sampai penat..

Saya tau..die sayang saya...^_^

Cer teke..kat mane ni..


mood : terkilan tak dapat bergambar ramai-ramai dengan kawan-kawan yang datang. Apa-apa pun, thanks semua sebab datang ke majlis aku.



09 October 2013

Newborn Baby Checklist..

Assalamualaikum...

Tak lama lagi..blog ni akan sibuk la pulak dengan update pasal baby ye tak.. Setakat ni baby dalam perot ni dah almost 32 weeks. Haish..tak lama dah tu. Beberapa minggu je lagi..lebih kurang sebulan lebih cikit gitu. Sekarang pun badan rasa berat sangat. Dulu tak pernah lagi sampai berat tahap ni. Kaki ni macam tak mampu je nak tampung badan. Almaklumlah..first time berat lebih dari 45kg. Gile tak terkejot... Mane la kaki ni tetibe rasa dah takleh nak support keseimbangan badan.

Kadang-kadang kalau dah duduk bersila, nak bangun pun perlukan sokongan kuat dari tangan. Rasa kalau ada orang kat sebelah, nak je berpaut terus kat orang tu kan. Malam-malam pulak macam biasa, dah start sesak nafas selalu. Kadang-kadang sampai nak tidur pun tak lena. Tidur duduk la kot..hihihi..
Sekarang dah dekat sebulan dah duk mengira pergerakan baby. Makin lama makin aktif pulak baby gerak. Memula dulu masa minggu pertama kaki baby start kicking..hehe..aku siap gelak guling-guling atas katil. Geli cam ade orang geletek perut. Tapi lama-lama ok dah..Dah biasa orang kate haaa... Tapi sekarang kalau dia start menendang, senak gak..nak-nak kalau kena bawah tulang rusuk tu..perghh..jentik sket kaki tu nanti..
Tapi alhamdulillah..setakat ni takdela sampai pengsan dek kerana baby menendang. Alah kaki baby tecik je. Tak sakit pun..^_^

Barang baby baru beli sikit. Tu pun untuk standby kot-kot la terawal pulak masuk spital. Mane tau baby nak jenguk awal ke. kan...Tapi bila tengok list untuk baby punya barang..tak sampai 30% pun barang yang aku dah beli..aiyok! Harap-harap lepas raya ni adalah rezeki nak luangkan masa cari barang baby lagi..
Jom..for mommy to be..ni dia list barang baby yang patut korang beli.

Untuk Ibu
1) Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2) Kad Pengenalan
3) Telefon Bimbit
4) Baju/Blouses -5
5) Stokin - 2
6) Kain Batik -3
7) Baju/Seluar Dalam - 5
8) Skaf Kepala/Ki - 2
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10) Majalah/Buku
11) Tuala Mandi
12) Maternity Pad/Pad Biasa - 1 pek
13) Tuala Muka - 1
14) Selipar -1
15) Kamera
16) Air/Minyak Selusuh
17) Minyak Angin
18) Air Zam Zam
19) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
20) Termos Air Panas
21) Bag Plastik
22) Baju Sejuk (Sweater) -1
23) Sikat -1
24) Breast Pad - 4
25) Nursing Bra - 4

Untuk Bayi
1) Baby Diapers - 6
2) Baju - 3
3) Minyak Telon - 1
4) Baby Wipes/Wet Tissue
5) Tuala Mandi - 1
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi - 4
7) Peralatan Mandi
8) Selimut/Bedung - 3
9) Barut - 5
10) Topi - 1

Keperluan Berpantang - Berpantang (Untuk Ibu) 
1) Jamu/Set Lepas Bersalin
2) Stokin
3) Baju Sejuk
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/Majalah
8) Kain Batik
9) Bengkung/Barut
10) Maternity Pad/Pad Biasa
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13) Minyak Angin/Urut
14) Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena,
Prune, Biskut, Roti)

Baby Gear - Baby Gear
1) Baju- Lengan Pendek - 8
2) Baju- Lengan Panjang - 6
3) Romper - 2
4) Seluar- Pendek - 8
5) Seluar- Panjang - 6
6) Sarung Tangan - 5
7) Sarung kaki - 5
8) Baby Bip - 2
9) Sapu Tangan - 3
10) Barut - 10
11) Topi

Diapering
1) Napkin - 1 pek
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek
3) Diaper Wipes - 2 pek
4) Safety Pin
5) Changing Mat
6) Nappy Liner

List ni pun sebijik-sebijik aku copy dari sorang blogger. Tapi dah berminggu-minggu then terlupa dah aih ape nama blogger tu...Tapi ni kena tapis sket ni..sebab macam ada je items yang tak diperlukan..contoh cam safety pin ke hape..takyah kot...ke guane?

20 September 2013

Blog bersawang ke?

Assalamualaikum bloggers and readers..
Terasa lama tak update blog. Bila Ayien a.k.a tuan belog My Oh My! mention yang aku dah lama tak update blog, barulah sedar yang aku ni rupanya ada blog. Eh..gitu plak kan.
Diam tak diam..lagi dua bulan, cukuplah setahun aku kahwin dengan En.husband..Paling penting, dalam perut ni pun tak lama lagi nak keluar dah. Fuhh..tak sampai lagi 3 bulan dah ni. Banyak mende nak kena prepare. Mentally and physically. That's why la aku tak banyak masa nak update blog. Yes! got the reason why blog ni dah berkulapuk dan bersawang.
ehek...^_~
Baru-baru ni terbelek la gambar-gambar kahwin. Terasa cam baru je kahwin. Tapi bila dihitung-hitung rupanya dah dekat setahun ye kawan-kawan. Baju sanding aku pun tak luak lagi. Eh,tak ade orang nak sewa ke baju aku? Meh la..jemput-jemput. Baju dan condition terbaik.Siap bungkus dalam plastik lagi..
Siapa pakai baju aku confirm meletops!! hahaha amcam? Tergoda tak?

Nak bawak baju ni pakai time kenduri kang vouge sangat pulak..kan?

20 March 2013

Alkisah Ciuman Pagi

Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

cerita untuk renungan bersama
Senyum. :)



p/s masa baca..sebak jugak..sebab selalu aku merajuk ngan laki aku..tapi die huuuu sedey2..;(

Dress Sanding untuk disewakan

Ukuran :
Dada : 38
pinggang : 30
punggung : 38/40 

(baju boleh dikecil@dibesarkan mengikut ukuran anda)

Macam yang korang tengok la kat blog ni..baju sanding untuk disewakan. Actually sepasang dengan lelaki. Lelaki baju coat. kalau berminat boleh roger-roger tuan blog ye..Nak tau harga pm me ye..^_^ (addeyla_adz@yahoo.com / facebook : Nor Addeyla Jaffar)


07 March 2013

Brand Label for Clothing

Assalamualaikum readers...
Even belum tiptop lagi..aku dah menggedik-gedik nak buat brand name sendiri. Cewahhh.. Apehal...ini bukan angan-angan mat jenin. Ini angan-angan yang aku akan pastikan menjadi kenyataan. My own boutique with my own brand name.

Design dah ada...di mana aku mendapatkan khidmat dari Mr Eddie.. So, termasuklah pakej membuat website boutique online aku yang sangatlah user friendly. So..so..so..bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak nak membuat business online, and paling hampeh dalam bab mendesign website or blog..boleh lah mendapatkan khidmat beliau. Harga jangan risau..Sangat-sangat berbaloi dengan hasil kerja tangan beliau..
Boleh survey business website yang beliau pernah buat kat website ni..




Setakat ni tempahan cuma melalui telefon. Tak mo la mencampuradukkan blog personal aku ni dengan gambar baju-baju tempahan customer kan. Nanti once dah siap, boleh la kite mempromot-promot bersama ye..hehehe jemput menempah dengan cik Adi alida...!!