7 Hari Mencintaiku

credit to google

aku sampai kat Bumi Chini dah kat seminggu..Dalam pada tu, aku sibuk dengan novel bertajuk "7 Hari Mencintaiku" hasil karya Siti Rosmizah. Cerita dia mengisahkan tentang seorang lelaki yang dulunya pernah memasang angan-angan untuk mencintai seorang gadis yang bernama Mia Adriana. Macam biasalah, watak heroin mestilah cantik, putih, bijak, tapi sayang..kali ni watak heroin dia, bukan awek2 cun ala ayu gadis melayu terakhir.. mulut dia celupar sampai korang pon akan cakap, "pergh...bap0k celupor" orang pahang cakap la kan..hehehe


Mia ni terpaksa kawin dengan hero novel ni,Khuzairi..si tokey ladang kambing..sebab ayah Mia ni baik dengan ayah Khuzairi. Saat pengantin lelaki lari, ayah Mia merayu Khuzairi menikahi anak dia...Amcam? dah dapat hint tak? kire cam kawen tanpa cinta la..bila dah duduk serumah dengan mentua dia, baru si Mia ni tau,si tokey kambing tu kerjanya jugak adalah Doktor.Mak si Khuzairi ni memang menyampoh gile dengan si Mia yang mulutnye celupar tu.Tapi aku tengok, lebih kurang je mulut die dengan menantu dia tu. Kire sepanjang Mia dipaksa duduk ngan family Khuzairi, mcm2 la mak mertua dia cakap, jaja cerita..aih..kesian tul..


Khuzairi ni ade adik, Helmi name dia. Helmi ni dulu bekas classmate Mia sblm Mia pindah sekolah lain kat KL tu.Dulu ramai yg tak suke Mia,maklumla..perangai belagak dia dari dlu smpai skang tak berubah.
So, masa Mia kat rumah tu mcm2 mende jahat la Helmi cuba buat..mak Khuzairi tu pun tak habis2 suruh ceraikan si Mia.


Akhirnya,Mia bawak diri..dalam tempoh tu,Mak Leha ni asyik suh anak die Khuzairi, kahwin dengan Syakila,sepupu Khuzairi.Kire habis dipuji la si syakila tu.Anak dara sopan,pandai itu ini..baik..tak mcm Mia la..blablabla..Dia tak sedar sebenarnya Syakila hamil anak luar nikah dengan Jali. Mia terpaksa terima hakikat yang dia terpaksa berpisah dengan Khuzairi pada hari pernikahan suaminya yang mula dicintainya.dalam tempoh 7 hari tu, dia menggunakan sebaik2nya untuk bersama suami dan anak yang dia sayangi, walaupun teruk dia dicaci oleh Mak Leha. Tapiiiiii...Malam tu jugak, Syakila meletakkan ubat dalam minuman Mia sebab dia takot mia ganggu perjalanan majlis kawin dia..Keadaan mia kritikal gila la time tu..nyawa-nyawa ikan je dah..


hm...selebihnya,korang beli sendiri novel tu..hehehe...ingat aku penglipur lara zaman dulu kala?nak cerita dari A to Z bagai.. selamat membeli...


Novel 7 Hari Mencintaiku
Karya Siti Rosmizah(Andai Itu Takdirnya)

p/s aku dah lulus test.hehehe...hoye2!! ^_~

7 comments:

kin said...

test keta? hehe
eh rosmizah ni cite yg "andai itu takdirnye ek?" best x?

rin0x_adz said...

a'ah..best giler..bace la..best seller tu..

nurwadihan nabilah said...

penulis best nieh !
sure nangis gila2..
kalu nagis mcm novel andai itu takdirnya. mmg nak beli la!!

YuuKi IcHiRoU said...

wah..pengolah yg baik..xpyh bc lh..da fhm pn..ahaks..=D

rin0x_adz said...

yuuki: janganla xmo beli plak..hehehe beli la..best tau.xrugi.

nur: mmg xrugi beli..lagi sedih dari andai itu takdirnya..

m!sZ a!eN said...

like citer2 Siti Rosmizah..

YuuKi IcHiRoU said...

ehe..=D
yo la..nti sy bli..=)

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida