aku knl ko,waktu mula2 masuk ke uitm.Dlm bilik tu,ko nmpk pendiam berbnding Su. Aku masuk2 terus tanye psl pjumpaan freshie.Aku ckp dlm hati, msti aku sorang2 nnt sbb korg dh kawan 2org.Aku takot..tp aku pura2 berani.Dlm mse minggu orientasi(MMS) tu,aku selalu hilang dari korang..ingat tak?hehe..sebabnye kadang-kadang aku lupe muke ko.maklumla..susah nk ingat muka orang baru..Dia selalu gelakkan aku dengan sorang lagi budak kelantan tu,sebab..kejap2 aku hilang..puas diorang cari.hihi..
Tapi malangnya,kite bukan satu group kelas. Korang berdua 1 kelas, aku tercampak sorang-sorang. Haish..
Makin lama kenal dengan ko, barulah aku tau. ko taklah pendiam macam yang aku sangka. Ko kelakar..lawak..gila-gila.n kadang-kadang, kitorang pulak yang gelakkan ko..you are totally a different creature from others.
Dari situ kita mula rapat dengan geng maeeida (husna,ira,ekin). So, geng kita(aku,ko, n su) bergabung jadi 7. Macam-macam kita buat sama-sama..kita lepak tepi pantai sama-sama, g dining sama-sama..kadang-kadang pagi-pagi lagi ko dah datang bilik aku kejut aku ajak g dining. padahal orang len semua tak bangun lagi. Tapi aku g jugak..sebab aku tau,ko spesis yang suke makan..macam aku..kadang-kadang jugak,kita berebut bilik air sama-sama. Berebut toilet sama-sama lepas tengok cerita seram,sebab masing-masing penakut. Maeeida je tak takot..
Kemudian, satu hari..kite tak bertegur sapa..bila ko start rapat dengan 1 guy yg aku 100% tak setuju. Friendship kita goyah..kami berlima memang tak setuju..Bila kita mula renggang,aku cuma perhati ko dari jauh je.Perkara pertama yang aku risau,aku risau dia main2kan perasaan ko. Pernah sekali tu aku terpandang cadar katil aku yg ko suka suki je conteng nama ko kat situ.Konon-konon buat kenangan..bgenang air mata aku bila fikir friendship kita semua hampir roboh sebab 1 guy.
Akhirnya, kitorang semua buat keputusan untuk face-to-face dengan ko..Hutan tepi Kolej Perhentian jadi saksi...Kita menangis..Mungkin mende tu takkan dapat kita lupakan sampai bila-bila..kan?
Bila sambung degree..masing-masing dah tak dapat berjumpa..Ko pun dah jatuh cinta sekali lagi..Tapi aku tetap risau kat ko. Walaupun ko kipas Barraque tu baikla..itu la..inila..Asalkan ko bahagia,aku pun hepi..Kami sentiasa doakan kebahagiaan ko. Andai 1 hari ko kecewa,bahu kami sentiasa ada untuk ko bersandar..andai ada juga antara kita yang kecewa kerana tersungkur,tangan kita akan sentiasa ada untuk menjadi tali buat berpaut..
Selamat Hari Lahir yang ke-23 buat Nik Norhaslizawati... ^_^
No comments:
Post a Comment