Suatu Ketika Dahulu

Salam..
Hari ni hari ke-3 aku kerja kat cc along. Kerja macam biasa, cuma kerja aku ni tak menggunakan banyak tenaga. Tak penat, kalau ade pun..penat mengadap kompiter. Tapi aku boleh pilih untuk tak mengadap komputer. Aku boleh buat mende lain. Contohnye baca novel ke, men sms ke, ataupun...berangan. hehehe...


Hari ni aku cuma nak share pendapat aku tentang ape yang dikatakan sahabat.




Sahabat,

Datangmu tidak diduga sepertimana aku mengharapkan pelangi menghiasi hari-hariku
Tapi hadirmu cukup membahagiakan, malah cukup memberi kehangatan
Di bumi Jengka ini kita bertemu,
Menjalin persahabatan yang tak mungkin ku temui di pelosok dunia
Walau kebahagiaannya seketika cuma, aku bahagia..


Sahabat,
Semalam kita bergelak tawa
Hari ini kita bermasam muka
Dan esok barangkali kita sudah tidak sekata
Pendapat kita juga barangkali sudah berbeza
kerana...
Aku tahu, jauh di sudut hati kita,
masing-masing sudah terluka
Luka yang tak mungkin bisa diubati
Hanya kerana ego yang kita bina itu akhirnya memakan diri



Sahabat,

Ingat lagikah dikau di saat kita tertawa bersama
saat kita menangis bersama..
dan saat segala kesusahan dan kesenangan kita kongsi bersama
Suatu ketika.. aku menangis
kerana aku tahu engkau pasti ada untuk menemani aku
benar...dan kau turut menangisi kesedihan aku
Turut merasai kesusahan hati ku


Mungkinkah semua itu terulang?
Atau barangkali engkau sudah melupakan kenangan itu
Dan barangkali sudah kau pangkas akar kebahagiaan yang kita semai dulu hingga tak mampu bertunas lagi..
atau barangkali sudah kau racun tunas persahabatan yang dulunya menjadi ikrar persahabatan kita..


Tetapi semalam air mata ini menitis kembali
Tapi...
Dirimu tiada disisi..
Tidak lagi menemani aku menjalani hari-hariku disini
Tapi aku masih berpura-pura teguh dan kuat
Kerana aku tahu..kau tidak lagi mempunyai masa untuk mendengar celotehku
tidak lagi mampu tersenyum bersamaku
malah tidak lagi mampu menangis untukku


Namun aku tetap tersenyum
Kerana aku sentiasa mengharapkan kebahagiaanmu
Walau jauh disudut hati aku terkilan dengan sikapmu
Walau jauh disudut hati masih ada kata yang terbuku
Walau jauh disudut hati aku rindu dengan perhatianmu
Walau jauh disudut hati aku mengharapkan kita seperti dulu..


Sebagai seorang teman..aku mengharapkan kalian tidak bermusuhan, jauh sekali menyimpan persengketaan..Manusia tak lepas dari melakukan kesilapan..Nilai persahabatan itu terlalu mahal untuk kita gadaikan. Kenangan itu terlalu berharga untuk kita lupakan...

7 comments:

ayienz said...

berpujangge plak die.. ni dari kepale ke ciplak..huhuu

Siti Nadzirah Zakariah said...

ci rinox..lagu blog besyh lah.. (^^,)

rin0x_adz said...

ayienz: hehe..tak men la ciplak ni..lahir dari hati..bak kate baha, tulis dari hati..

nadzirah: leh amik kat fullmusik..byk lagi lagu2 yang bes tau..

ayienz said...

sahabat..........

Siti Nadzirah Zakariah said...

thanx..dh try dh..best2! (^^,)

kin said...

kwn2 dungun da lupe ke?
isk ;(

rin0x_adz said...

kawan2 kat dungun takleh dicari ganti...
yang patah tumbuh, yang hilang berganti..tapi yang tumbuh tu..belum tentu sama dengan yang lame kin... ^_~

nadzirah: hehe..wokeh..try n error je...

yin: persahabatn tu takleh dijual beli..

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida