Salam buat semua...Pernah tak korang berangan-angan nak pakai dress yang dijahit oleh professional tailor? Hehe..aku berangan..pernah la. Sikit je berangan..Disebabkan ketiadaan tailor sendiri..maka dengan rasminya aku melantik diri aku menjadi tailor professional. Menganyam benang-benang menjadi kain..jerami-jerami menjadi bunga..cewah!!! kau ado?
So, macam biasa..start dengan jahit baju. Design sebijik macam yang aku lukis hari tu. Siap jahit je, tiba-tiba aku tengok cam tak cantik je bile letak chiffon two layer kat bahagian dada sampai ke lutut. Cam pelik je pulak. Banyak kali aku cakap ngan mak aku nak cabutlah konon. Patu nak letak kat kaki..bagi cam flowy sket.Tapi malas pulak..
Next, bunga-bunga cinta di anyam...fewwit..nak kejang jari jemari aku buat bunga kecik-kecik ni. Nak beli mahal tau kat luar. So, materialnya adalah reben organza dalam 2 gulung gitu. Aku banyak pakai color cream.kasi effect cerah sket. Sebab kain aku dah color gelap kan.
Penat sangat buat rose ni. Sampai 1 tahap aku dah give up. Dah la first time aku buat bunga pakai organza kot. Tapi...Pantang anak melayu menyerah! yeah!! gigih aku lilit bunga tau. Sape nak tempah..meh..
Lepas siap tu, aku jahit siap-siap kat lace gold yang aku jumpe kat BS. Lace tu mahal gak. Aku beli dalam 3 meter almost rm100 tak silap aku. Tapi 3 meter tu double layer. So ikutkan aku dapat 6meter lace border. Tapi aku suke lace ni. Cuma kalau tebal sket lagi...lagi aku sukeeee!!
Dah siap..terus patchkn kat baju. Hasilnya...hehehe nanti aku tunjuk..Tak surprise la kan..
So, ni la kuntuman rose aku..Cantik kan? Tutorial free dari youtube. Tak perlu dibayar. Siape yang nak belajar sila download di youtube.
Ha..nampak tak lace border tu? Tu la yang mahal tu..Ciess...last-last kena tutup gak ngan rose aku..
This one is plain dress aku yang belum diconteng-conteng dengan bunga shumel tu. Sangat huduh awalnya. Ala, biasala...belum mekap kan. Memang la tak berapa nak cantik menarik tertarik...
So...coming up next...!!!
tunggu...^_^
No comments:
Post a Comment