Alam Perkahwinan

Assalamualaikum...

Diam tak diam sekarang sudak menginjak ke tahun 2017. Sedang waktu aku berkahwin dulu adalah 2012. Masyaallah..5 tahun usia perkahwinan ini. Selama itu jugalah blog ini ditinggalkan.
Pahit tentunya ada. Manis itu kadangkala. Kasih itu pengikat setia. Rindu itu bertamu di mata.Suka dan duka itu lumrah dunia.

Alhamdulillah atas segala kurniaNya. Walau kehidupan tak sehebat insan lain, walau kadangkala ada terluka juga bahagia, tapi harus kita ingat. Hidup bukan sekadar membanding kita dan dia. Cukuplah mengerti bahawa manusia itu berbeza, aturan hidupnya juga berbeza. Jadi bersyukurlah kerana masih punya bahagia walau seketika cuma.

Jangan pernah, menganyam bahagia di dunia terlalu indah seakan melakar indahnya cinta di awan. Jika akhirnya kelak hati yang menahan rawan. Kita bukan siapa-siapa untuk di tatang. Kita cuma kita yang kebanyakan.

Pergilah keluh kesah. Jangan hinggap terlalu lama. Kelak nanti berkampung pula.Ayuhlah semangat, kuatkan hati ini. Untuk terus maju kehadapan. Menggulung sejuta kejayaan. Jangan sedih diri sering dibanding-bandingkan. Jangan kecewa untuk kesekian kalinya.
Jangan..dan terus jangan.

No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida