Tahniah Along!


Salam blog tersayang...


Rasa macam dah terlalu lama tak update blog terchenta aku ni. Agak-agak dah berapa bulan ek terbiar sepi cam tu je? By the way, aku dah pun selamat quit dari program GEMS. Hm..ye ke? hehe..aku nak kongsi cerita ni. Pasal sorang kawan aku.


Aku ingat lagi, pertama kali aku kenal dengan dia dekat Sekolah Agama Rakyat Chini 3. Waktu tu tak silap aku, aku darjah 2 kot. Masa tu pemilihan Ketua kelas and penolong kelas darjah. Ustazah buat ujian ape korang nak tau tak? Dia suruh baca tulisan jawi yang die tulis kat papan hitam. Hehe..Aku memang tak ada masalah bab membaca ni. So, last-last aku terpilih jadi penolong. Then,after few days tu ada budak baru masuk kelas aku.. Terlopong la aku kan. Memang jenis jakun kalau ada budak baru masuk. Excited tu dah memang semestinya la kan. Tunggu punya tunggu, masuk lah budak baru ni. Dia dengan adik dia. Perempuan jugak. Oh..lupe nak bagitau, kelas aku semua perempuan. 2 Putri tak silap aku..Anggap je la aku darjah dua waktu tu. Sebab aku pun tak ingat aku darjah 2 ke darjah 1. Nak dijadikan cerita, budak baru tu nangis..La..penakut rupanya. Bila ustazah tanya kenapa dia nangis, die cakap..nak balik rumah Tok. Uik...dalam hati aku, "Tu pun nak nangis.." Waktu tu aku jahil sikit bab-bab memahami isi hati orang. Sebab bagi aku, sekolah adalah tempat yang fun. So, aku tak pernah rasa takut pun kalau mak aku tinggalkan aku kat sekolah. Aku tak pernah nangis pun even dari Tadika. Siap aku jadi protector member aku lagi time Tadika sebab dia selalu kena buli. Hehe..


So, entah macam mana aku terkamceng ngan minah yang nangis tu. Kitorang decide masuk kelas Hijrah. Kat sekolah agama aku ni ada 3 kelas. Putra, Putri, patu kelas Hijrah. Kelas Hijrah ni kelas yang campur lelaki ngan perempuan. Kecik-kecik lagi dah pandai memilih nak kelas ngan lelaki kan..Gatal..Kelas Putra semua lelaki..Kelas Putri lak semua perempuan. Dak kelas putri tak ngam sangat ngan gegurl kelas Hijrah. kekeke..'Aku rasa sebab diorang jeles dak perempuan kelas Hijrah ni kawan ngan lelaki kot.'


So, aku best friend la ngan kawan 'nangis' aku tu. Memang kamcing gile la kan. Dia baik sangat. Cantik pulak tu. Bertuah aku dapat kenal die. Walaupun mula-mula masuk dulu aku penah gelak dalam hati sebab die nangis pegi sekolah. Maaf ye Along. hehe..


Ha..lagi 1 yang lawak, kitorang semua panggil die Along. Sebab masa dia tengah nangis tu, Ustazah tanya nama..dia cakap Along. so, sampai beso la aku panggil die Along. Cute kan? hehehe


29 hb 6 2012 dia menamatkan zaman bujang dia.. Die dah tinggalkan aku terkontang kanting di arena bujang.. Hm..terasa kehilangan sket la kan.. Dulu geng sama-sama merempit atas moto. Nak-nak time aku praktikal kat kuantan haritu. First day sampai dah ajak die merewang area kuantan naik scooter die. Sampai basah-basah kena hujan.. Thanks beb! hehe...Kenangan tu.


Akhir kata, aku doakan dia bahagia disamping orang yang tercinta..En.Amir. Semoga kalian berbahagia dunia dan akhirat. Dan aku doakan perkahwinan korang berkekalan bukan ke anak cucu je.. tapi hingga ke syurga... Amin

Aku sayang dia sebagai sahabat aku dunia akhirat.....

Her dad..


 
This is her husband. Sama cantik, sama padan..


 





















 

Akhir kata...

Selamat Pengantin Baru

1 comment:

cynta ieda said...

http://hunyieda.blogspot.com/2012/06/awesome-giveaway-by-us.html mari join sini dear..banyak hadiah menarikk

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida