Kerabu Sotong Adi Alida

Tengahari tadi sambil-sambil tengok cerita "Tolong, Awek Aku Pontianak" aku pun google-google la mencari resepi. Oh ye, aku dengan tanpa rasa bersalahnye gi order cerite tu disebabkan..


1. hari ni dahla tak bangun sahur.
2. Nak gi menjahit pun tak larat, patu duduk rumah baring-baring tengok tv..tu yang jadi gitu tu..


Layan la cerita tu sambil online. Tengah-tengah online aku pun cari la resepi kat internet. Daripada resepi kuih-muih sampaila ke dessert sampai la ke jenis-jenis masakan. Patu teringat aku pernah makan Kerabu Sotong masa jalan-jalan kat umah akak aku dulu..So, dengan confidentnye terus la kan..hasrat dihati nak buat kerabu sotong.. Aku ngan adik pergi la bazar sambil beli kuih-muih, sambil cari sotong..ngan semua bahan-bahan untuk buat kerabu tu. Hihi...beli sotong RM2.00..tau tak dapat berapa ketul? 2 ketul je...
pastu proceed kepada udang..Sebab aku nak buat udang celup tepung...


Tapi sebab tak larat sangat, aku wat keje potong-potong je..gaul-gaul..yang melibatkan kerja berdiri tu semua mak and adik aku...ngader nauu....


Hasilnya.....jeng! jeng! jeng!
ni aku copy dari blog yang aku terlupa nak amik address die..ok fine, terima kasih tuan belog..
hihiihi..tapi rupa kerabu aku lebih kurang macam ni jugak la..betol2..tak tipu...hihihihi

nak tak resepi kerabu sotong ni?
ok..mula2...sediakan bahan-bahan..

Bahan2:



sotong(sukati korang nak banyak mane)
3 ulas bawang putih (ni aku wat seulas je..)
2 sudu besar sos ikan (aku guna sos tiram)
1 sudu besar gula (aku buat setengah je. Tak mo manis-manis..bulan pose ok)
1/2 sudu kecil garam (setengah sudu jugak)
4 - 5 bj limau kasturi ~ boleh ganti dgn limau nipis/lemon (aku pkai 1 biji je..tu pun dah masam..tau je la aku kan. mane leh masam-masam sangat)




bahan2 yg dihiris:


1 biji bawang besar
5 bj cili api (ni aku buat smpai berbelas biji..sbb aku suke pedas)
1 bj cili merah/hijau (terus aku skip.hihihi)
kacang panjang (time ni baru aku perasan ade kacang panjang.hahahampeh)
daun ketumbar (satu chini aku pusing. Tak jumpe...orang chini tak jual kot. Semua tanam sendiri..)
carrot ~ dipotong spt mancis (tak macam mancis sangat pon)
1 bj tomato ~ dibuang bahagian dlm dan dihiris pjng (aku kan anti masam-masam sangat. So aku wat tak nampak je la turn tomato ni)




Cara2:
Bersihkan sotong dan potong bulat. Toskan
Panaskan kuali dan goreng sotong hingga keluar air dan sotong masak (jgn terlalu lama nanti sotong liat)
Jgn sesekali dimasukkan air sbb nanti sotong akan keluarkan airnya sendiri.
Toskan sotong yg dah siap dimasak.


Masukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk.
Perahkan jus limau kasturi dan gaul hingga sebati.
Rasakan biar ada rasa masam secukupnya



1 comment:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida