Andai Ini Ramadhan Terakhir

Dipetik dari blog Syiar Islam :


"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]



                    Bulan Ramadhan dan hampir ke penghujung. Ada yang tak sabar menanti bulan Syawal, tak sabar nak bergaya di hari raya. Ada yang masih memikirkan waktu sesuai untuk pergi bershopping.  Mungkin tak kurang juga ada yang berbangga kerana mampu berpuasa penuh. Tapi, jauh di suatu sudut yang kita kurang perhati, 'berpuasa'kah kita sebenarnya? Atau kita sekadar menahan lapar dan dahaga..sedangkan amalan yang lain kita tinggalkan. Bagi aku pula, raya kali ni pasti akan tetap sama dengan raya-raya sebelum ni. Tak ada yang berbeza, tak ada yang istimewa. Yang pasti, puasa kali ini tak sama dengan puasa-puasa sebelum ni.  Terasa sayang untuk aku tinggalkan.. Terasa terkilan kerana tak cukup untuk aku merebut segala keberkatan bulan ini. Terasa rugi tidak dapat membilang hari menunaikan tarawih hujung ramadhan. Terasa keberkatan ramadhan berlalu begitu saja..tanpa aku sempat meraih pahala sebanyak mungkin.





p/s Masih adakah bulan Ramadhan untuk aku tahun hadapan...

No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida