Selamat Tinggal...
Salam..untuk pembaca blog buruk aku ni..sama ada silent reader ataupun tak.. Mulai hari ni, blog ni akan ditutup bagi mengelakkan sebarang kontroversi. Maaf..aku mungkir janji..Aku janji nak tutup blog ni, tapi aku post entri pulak..mungkin last entri dari aku..Tempoh masa mampu mematangkan manusia. Tapi rupanya terlalu sedikit pengalaman yang kita ambil untuk mematangkan kita. Dan sekali lagi aku tersilap, tersilap percaturan hingga melukakan hati orang. untuk kesekian kali.. Entah kenapa berkali-kali ayat itu terulang difikiran. Tersilapkah dia kerana mengenali aku? Tersalah percaturankah dia bila dia cuba mengeratkan hubungan ini. Tersalah langkahkah dia bila dia mendekali perempuan seperti aku? Atau mungkin kesalahan besarkah bila aku cuma perempuan yang tidak sempurna? Mungkin saat ini ada hati yang terluka..ada hati yang kecewa..Mungkin saat ini kata perpisahan terbayang di ruang minda. Tiba-tiba terdetik di dalam hati aku.. kejam kah kata-kata aku sebelum ni? Tak mudah rupanya untuk jadi seorang yang sempurna di mata dia. Aku cuma seorang perempuan yang mementingkan diri, kurang sifat sabarnya bilamana dia terlalu mudah memilih marah berbanding sabar. Sungguh, dahulu aku tidak begitu..Aku perempuan yang buruk tingkah lakunya kerana pendek akal fikirannya hingga kadangkala mulut lebih lancar menuturkan kata dari minda berfikir. Yang kadangkala lebih laju jarinya menulis dari hatinya berbicara.
Dia seorang lelaki..yang aku kira cukup baik untuk aku..Walau banyak mana pun hati kecilnya aku guris, masih tak mampu mengatasi perasaan sayang dia pada aku..Cukuplah kalau bagi dia aku hanya banyak mengguris hati dia..Tolonglah tinggalkan aku..Sebab aku tak mampu untuk tinggalkan dia..
Publisiti Murahan
Hm,aku terpaksa berhenti untuk terus menulis, walaupun aku minat sangat menulis. Eh, takde la minat sangat. Sikit-sikit je..Tapi tula, bila menulis dengan emosi, kadang-kadang terlepas menda yang tak sepatutnya..kan? Maka jadilah blog ni blog yang hanya mencari publisiti murahan katanya. Mungkin tu pendapat segelintir orang. Tapi bagi aku...aku tulis belog ni bukan untuk cari publisiti ke..publisitu ke..aku tulis sebab aku rasa nak menulis. Biar la tak ada orang yang bace pon.
Entri memalukan yang menjatuhkan maruah
Entri tu aku dah delete pun. Maafkan saudari penulis kerana telah menyakiti hati saudara dan dikatakan telah memalukan saudara. Walau jauh disudut hati, bukan niat untuk memalukan, sekadar cuma meluah rasa. Meluah apa yang terbuku dalam hati. Bila baca banyak kali entri tu, rasanya tak la teruk sangat.haha..(kadang-kadang aku rase aku gelak cam sumbang). Tapi nk buat macam mane,penerimaan orang lain-lain. Tak sama. Bagi kita biasa, bagi diorang tak..Bagi dia nasihat, bagi kita pulak..sindiran.. Entahlah..Tapi...
ok.dengar sini ye.. Walaupun aku telah menamatkan kontrak menjadi penulis yang mencari publisiti ni, aku tetap akan menulis..Tapi dalam laptop je la..Boleh kan? Habisla..hihihii...agak-agak kalau menulis privately macam mane la ayat aku kan?
Macam ni rupanya Adila
Rasanya macam terlalu lama tempoh masa 'itu' untuk dia mengenali aku. Mungkin dari cara penulisan pun orang boleh kenal. Kalau macam tu, jom ramai-ramai kita jadi cikgu. Lepas tu suruh murid-murid buat karangan..Dari situ kita boleh kenal anak murid kita.
Kesimpulannya, blog ini tidak lebih dari sebuah blog yang hanya mencari publisiti murahan dengan memalukan dan menjatuhkan orang lain..sambil tambah ayat ni belakang.."macam ni rupanya Adila"
"macam ni rupanya adila?" bila taip ayat ni aku rasa nak menangis pulak. *gelak...
Kadang-kadang aku terfikir, ada hikmah semua pertelingkahan ini..ada hikmah hubungan kita mula renggang..Mungkin supaya rasa sayang tu makin kurang, supaya andai suatu hari ajal datang menjemput, perpisahan itu takkan terlalu sakit dirasakan. Mungkin ke begitu?
cuma ada satu yang aku nak sampaikan..hm..tapi takut aku akan kecilkan hati orang lagi. Cukupla setakat ni berblogging.. saat pertama kali blog ini aku buat, aku gunakan lagu ni..saat blog ini aku tutup...aku tetap gunakan lagu ni..-ayushita.Tuhan Berikanlah Aku Cinta-
No comments:
Post a Comment