Andai Kau Ingin Bersahabat

Andai Kita Ingin Berteman

Quote from My Fantasy



Andai kita ingin berteman,janganlah kerana kelebihannya..
Kerana mungkin dengan satu kelemahan kita mungkin akan menjauhinya..


Andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya..
Kerana mungkin dengan satu keburukan kita mungkin akan membencinya..


Andai kita ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya.
Kerana apabila dia buntu kita mungkin akan memfitnahnya..


Andai kita ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya..
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan kita mungkin akan menyalahinya..


Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya..
Kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa..


Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kita juga tidak sempurna..


Tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna


tapi bersahabatlah kerana Allah Fillah

No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida