Tell Me If I'm Wrong

"Orang bijak belum tentu berjaya, tapi orang yang rajin dan kuat berusaha PASTI akan berjaya"


Siapa sokong dengan pendapat aku...angkat kaki!!!


Well, this entry aku post sebab tiba-tiba terlintas di fikiran. Kadang-kadang duk layan FB yang makin hari makin membosankan..lebih kurang menuju ke arah friendster and myspace aku dah.. Bezanya kat FB aku still active dengan game cafe world aku.. So, sape-sape yang nak join bercafe world..jom la..


ok..back to the main topic.


Dulu masa aku sekolah rendah, dalam kelas aku ramai yang bijak-bijak.. Ade yang masuk sekolah bestari, ala-ala sekolah elit gitu.. Tak kurang jugak yang stay kat chini. Tapi memang diorang ni semua budak-budak target la..Kononnya bakal student yang akan berjaya bila dah besar nanti. Ada jugak yang tak berapa bijak, pendiam, and yang kita sangka tak mungkin berminat untuk terus belajar. Aku? Aku tergolong dalam golongan average.
Bijak sangat pun tak, tak bijak sangat pun tak...
Kecik-kecik dulu aku tak pendiam, tak la sepemalu sekarang..


Bila makin besar, sampai la sekolah menengah..budak yang dulunya bijak dalam kelas aku tak sambung belajar dah..
Tapi, budak yang dulunya tak berapa bijak terus tekun belajar. Prestasi dia dalam kelas pun tak la begitu cemerlang, tapi aku tabik pada kerajinan dan kesungguhan dia berusaha untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kawan-kawan yang lain..


Sampai aku masuk U..teruslah lost contact. Tatau cerita pasal kawan-kawan kelas. Bile borak-borak ngan member2 time jumpa cuti-cuti, barulah tau si polan ni dah masuk U jugak..ade yang masuk kolej, and si polan yang dulunya pandai dengar cerita kerja ladang je..angkat buah.. Tak kurang jugak yang dah tak serupa orang. Ade yang jadi kaki lepak, worst..ade yang takde kerja langsung. Hm, kadang-kadang rasa rugi dengan kepandaian yang die ade bila kepandaian tu disia-siakan.


Bila masuk U, kenal orang baru yang kita tak tau latar belakang masing-masing. Adakah dia tu dulu asalnya dah memang bijak..ataupun dia tu dulunya tergolong dalam golongan biasa-biasa je..ataupun sebenarnya dialah yang tergolong dalam golongan yang tak pernah ada orang bagi harapan untuk berjaya.


Aku? Aku tetap macam dulu..Aku golongan yang tengah-tengah..Tak bijak sangat and tak pandai sangat pun. Maklumlah, biasanya kalau dalam kelas cikgu-cikgu atau lecturer selalunya akan perasan 2 golongan je. Samaada yang paling bijak ataupun yang paling corot. Kadang-kadang lecturer pun tak perasan kewujudan aku.


So, kalau dalam kelas memang perhatian lebih akan diberikan pada yang paling bijak and corot je la..Sebab cikgu-cikgi ni memang tau yang golongan average ni boleh survive. hehehe
Jadi aku tak hairan la sangat kalau golongan yang bijak ni dapat keputusan yang cemerlang pun. Sebab dari awalnya memang diorang dah bijak. Tapi, memang aku tabik spring la kat everyone yang asal keturunannya..(haha melampau) tak berapa pandai, tapi disebabkan kegigihan dia, dia mampu untuk dapat keputusan yang cemerlang. Walaupun kurang berbanding orang yang cemerlang tadi.


Kalau dikira logik akal, siapa yang lebih patut kita jadikan contoh?


1- Yang asalnya bijak dan cuma perlu study sikit je tapi boleh dapat keputusan cemerlang, ataupun
2- Yang asalnya memang tak pandai, dan perlu study 3,4 kali lebih gigih dari mereka yang bijak, supaya akhirnya mereka juga mampu untuk dapat keputusan cemerlang?


Bagi aku, aku lebih mengagumi mereka yang kedua itu..
Bukan aku pandang rendah pada mereka yang pertama tu, aku respect gak..sebab diorang pandai..Study dalam masa semalaman or sehari je dah cukup untuk dapat result yang cemerlang. And kadang-kadang bagi yang terlampau bijak tu, dengar je lecture dari cikgu2, terus masuk ke kepala. Alhamdulillah dengan segala kurniaan tu..


Tapi bagi group yang kedua tu, mereka perlu berusaha lebih gigih, lebih masa mereka humbankan depan meja study, lebih tenaga dikerahkan untuk memahami setiap matapelajaran. Dan pastinya mereka harus mempunyai lebih kesabaran dan kerajinan untuk menatap buku pelajaran berjam-jam lamanya. Yang aku kira, sifat tu belum tentu ada pada golongan pertama. Sebab...
Belum tentu mereka sanggup untuk terus berjam-jam menatap buku..Bukan cuma untuk sehari dua, tapi berhari-hari menatap buku berjam-jam untuk belajar. Cuma bezanya, mereka dikurniakan oleh Allah kelebihan itu..yang tak ada pada mereka-mereka yang lemah dalam akademik.


Sebab tu aku lebih memandang kepada mereka yang berjaya capai apa yang mereka nak dengan kerajinan mereka.. Tapi bukanlah aku merendah-rendahkan kelebihan yang ada pada mereka yang pandai.. Tapi mungkin juga ada yang berbeza pendapat dengan aku.. Korang pula camne?


6 comments:

Siti Nadzirah Zakariah said...

org yg pertame uw kene rendah diri..mmg dye bijak tapi law dye x asah kebijaksanaan dye lame2 dye kurng bijak..
orng yg ke2 uw kene usehe kwt tok jdi bijak..org ke2 nih lagi best lah law dye dapt result cemerlng sbb usehe dye berbaloi..
(^^,)

rin0x_adz said...

betul..yang ade kelebihan tak elok bermegah-megah and yang serba kekurangan, kena think positive n cuba memajukan diri..

pepol said...

post yg best..ak baru je nk tulis sal benda ni jgk..coz baru2 ni ak jmpa blk membe2 ak time sek rendah dlu..dan ape yg mengejutkan ak,dieorg ni sume pandai dari ak time sek rendah dlu,tapi skunk ni ak kt ats dieorg,i mean ak tgh wt degree,dieorg ad yg baru wt dip,masuk kolej swasta la,mcm2 lagi la...

rin0x_adz said...

tuah ayam nampak di kaki..
tuah manusia tak siapa yg tau kn..

Siti Nadzirah Zakariah said...

kat sek iera best student spm thun lpas mse pmr cikai2 je result..tpi spm dpt jdi best student..berbaloi keje dye an..terbukti x brape pndai tpi lw blajo btol2 insyaAllah dpt..

rin0x_adz said...

hm..btol tu..

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida