Masih Belum Terlewat

picture by : muharrikdaie



Kudengar bisingnya kota
Kulihat kecohnya dunia
Tak menghirau sesak nafasku
Yang kini kian mencengkam
Aku buntu dalam mencari sedikit ruang untuk bernafas


Ya Rabbi
Bantulah aku mengorak langkah
Menongkah arus menyusur laluan kehidupanku yang telah tercatur
Menyisip semangat di hati kecil
Agar mampan dek cubaan dan dugaanMu


Ya Rabbi
Bening senja kian melabuh
Aku risau esokku kian kelam
Perlahan hilang ditelan gelap
Kerana aku seringkali resah
Mencipta angan yang tak mungkin tercapai
Mengatur kehidupan yang bukan hakku


9.50 a.m.
-Addeyla-

3 comments:

YuuKi IcHiRoU said...

nk ni sweet..huhu

rin0x_adz said...

boleh..ambil je la..tp jgn lupa letak name sy ek ^_~

YuuKi IcHiRoU said...

hehe..thnks my sweet..sy ltk nye..(^_~)V

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida