Khabarkan padaku...

Lately terlalu banyak mende yang mengecewakan jadi. Entah di mana silapnya..
Aku ke yang bersalah jika ada antara kamu yang membenci aku?
Aku ke yang bersalah jika aku tak mampu menerima semua yang terjadi ini datangnya dari kawan sendiri?
Andai aku di tempat dia, dan dia di tempat aku.
Akankah wanita yang aku hormati itu mempercayai setiap kata aku?
Akankah temanku itu dicurigai seperti mana aku dicurigai?
Akankah aku dibela seperti mana dia dibela saat ini?
Dimana silapnya aku?
Ada...
Kerana aku cuma insan biasa..
Jangan adili ketidakpuasan hati teman seperjuangan hanya dengan menuding jari kepada aku.
Kerana bukan aku yang meminta mereka membela aku.
Seperti mana engkau tidak meminta wanita yang aku hormati itu membelamu.
Jika mampu ku khabarkan pada semua, andai engkau kecewa dengan ape yang terjadi..akulah orang pertama yang kecewa dengan fitnah yang wujud.
Kerana keadilan tidak berpihak kepada aku.
Kerana aku bukan siapa-siapa untuk dipandang.
Kata-kata aku tidak semanis gula untuk mencairkan hati orang.
Tingkah aku tidak secomel kanak-kanak untuk menceriakan hari-hari orang..
Padangan dan ketegasan aku bukan milik seorang pemerintah untuk di dengar..
Cuma Allah yang tahu...apa yang tersirat dalam hatimu.
Andai saja engkau turut ikhlas untuk menerima aku sebagai sahabat sejak mula perkenalan kita..


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida