Perjuangan Kita

hari ni aku dapat tau yang hari presentation aku ditunda kpd 1hb November nanti..

padahal kalau ikotkan, hjung minggu ni dah turn aku.
syukur aku tahu sebelum minggu ni berakhir.
kalau tak, alamatnye aku kena repeat sem la kot. Takmo... :(

no! it is enough for Diploma. Cannot carry it over and over again.

life kat sini agak bosan. coz tak de kawan2 seperjuangan aku.

yang ada cuma, sepasang suami isteri yg dah lanjut usia. hahaha...

kire bukan level aku yang muda remaja ni la.


Tapi, diam tak diam umur aku dah 21 tahun.

Terasa macam baru semalam aku daftar UiTM. Tapi hakikatnya, aku hampir menamatkan diploma aku.

3 tahun dah berakhir rupanya. Mana hasil yang aku dapat? Sekadar keputusan yang tak seberapa? Perjuangan yang tak begitu hebat untuk dibanggakan? Kenangan yang lebih banyak memeritkan dari membahagiakan? atau pengalaman yang jarang sekali aku ambil sebagai pengajaran?

tapi..

ada satu yang mungkin takkan aku jumpa di mana-mana selain di UiTM Dungun..

Sahabat-sahabatku!

Kerana disitulah aku mengenali insan yang terlalu sedikit iri hati dan cemburunya. Tapi terlalu lebih pula sikap pemurahnya.
Maeeida..

Insan yang terlalu banyak gelak tawanya yang dikongsi. Tapi terlalu sedikit kesedihannya yang diberi kepada kami.
Nick

Insan yang pula selalu saja clumsy, tapi ketahuilah..dia jarang sekali menabur curiga sesama kami.
Ikin

Insan yang selalu saja ingat kami disini, walau jarang kami menghubungi sesama sendiri.
Ira

juga insan yang sentiasa ceria berkongsi cerita, walau bibir tersenyum perit dihati hanya menjadi rahsianya.
Husna

Teman..
bukan susunannya yang menjadi keutamaan,
bukan jarak menjadi ukuran,
bukan juga kecantikan menjadi taruhan.
Tapi keikhlasanmu yang menjadi kekuatan hubungan ini.

kerana sejak benih persahabatan ini tercampak ke tanah Dungun, ia bercambah menjadi sepohon pokok yang berakarkan keikhlasan, bercambahkan kejujuran.

lalu dari situlah, pohon itu berbungakan kegembiraan, lantas membenihkan persahabatan yang tidak mungkin hilang ditiup angin seperti debunga lainnya...

kerana kita bukan rakan, bukan juga kawan. malah sudah jauh meninggalkan perkataan kenalan. Kerana kita adalah SAHABAT.

nukilan,
-Addeyla : 17:26 pm ; shah alam-

No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida