Today Should be Better Than Yesterday

Kadang-kadang bila kita sedar kita telah kehilangan sesuatu..sebenarnya, waktu tu sudah terlambat untuk kita patah balik ke belakang. Yang mampu kita buat cuma melangkah terus kedepan.. melangkah.. melangkah... dan terus melangkah. Ada kalanya kita menoleh, tapi waktu yang telah berlalu..dah jauh kita tinggalkan.  Yang ada bersama kita, cuma kenangan yang tak mampu dilupakan.

Kadangkala juga, lebih mudah untuk berkata, "pilihlah orang yang mencintai kamu melebihi dari orang yang kamu cintai..kerana dengan memilih orang yang mencintai kamu..kamu akan lebih bahagia."  Sebenarnya, aku pun tak tau antara dua itu, mana yang lebih betul. Ataupun, memang tiada yang betul, dan tak ada juga yang salah. Terpulang pada individu untuk mentafsirkan semuanya.

Mungkin kadangkala kita terfikir, alangkah bagusnya kalau masa itu berulang kembali. Supaya dapat kita perbetulkan apa yang salah. Tapi kita silap! Kenapa kita tak perbetulkan apa yang akan kita lakukan akan datang..supaya apa yang bakal kita lakukan, tidak akan seperti semalam,atau kelmarin. Bukankah hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam..dan hari esok juga sepatunya bakal menjadi lebih baik dari hari ini?

Mungkin...ada kalanya kita takut untuk membuat keputusan. Kerana kita tak yakin dengan keputusan yang bakal kita buat. Sebab kita takut, kita membuat keputusan yang salah. Kita hampir-hampir menghentikan langkah yang kita atur. Sebab kita takut langkah yang salah akan membuatkan kita tersungkur.  Ibarat kaki yang terpaksa melangkah di dalam gelap. Tanpa cahaya atau sebarang petunjuk. Kalau kita melangkah, mungkin kita akan sampai ke destinasi..Mungkin di dalam setiap langkah itu, kita akan tersungkur. Tapi setiap sungkuran itu mengajar kita untuk lebih berhati-hati. Tapi..kalau kita berhenti melangkah..mungkinkah kita akan jumpa jalan keluar? Mungkinkah kita akan jumpa apa yang bakal kita temui di hadapan nanti?

Kita cuba berlagak seolah-olah kita orang yang bijak dengan mengambil langkah selamat tanpa berbuat apa-apa. Tapi sebenarnya kita silap.  Sekali lagi kita tersilap dalam membuat percaturan... Sebenarnya kita adalah orang yang membuatkan keadaan menjadi lebih buruk...

1 comment:

Encik Boss said...

Entri yg sangat menarik :)

Lidah memang mudah berbicara tentang CINTa
Tapi lidah juga mudah meluahkan perkataan yang mampu meranapkan CINTA
HATI yang pernah TERLUKA bukan mudah untuk menerima kehadiran CINTA
Kepercayaan yang hadir dalam Hati mampu membuka pintu HATI untuk menerimanya
Tetapi sejauh mana Kejujurannya yang mampu kita percayai hanya Yang Maha Esa mengetahuinya

Bila Yang Maha Esa telah menghantar CINTA (jodoh) yg telah ditetapkanNYA
terimalah dengan HATI yang terbuka.

p/s: first time comment camnie :)

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida