Mimpi Itu Tak Semuanya Indah

Photobucket


Buat kaum Adam,pikullah tanggungjawab yang ada jika engkau sudah melafazkan cinta.. Jangan biarkan aku menagih janji cinta yang dusta..


Buat pertama kalinya aku letakkan gambar orang yang aku sayang selepas family aku.
Aku ingat suatu hari nanti aku akan buat satu entri untuk dia..entri untuk hari bersejarah aku..macam kawen ke..bertunang ke.. rupa-rupanya entri mengenai perpisahan aku..

Dulu pernah jugak aku karang satu cerita tentang aku dengan dia.
Dari mula kami kenal..sampai la aku terjatuh sayang gila-gila kat die. Ingat nak hadiahkan birthday dia bulan 12 ni..Tak sempat rupanya.. tapi kenape? kenapa jalan tu yang dipilih..Mungkin setakat tu je kami mampu..

Baru-baru ni dia pernah cakap, kalau ada selisih faham,salah sorang kene bertolak ansur. Aku ikut..aku hormati die..dan kali ni dia 'bertolak ansur'...kata dia..dia bertolak ansur..tapi bagi aku..sebenarnya dia undur diri..undur diri dari teruskan hubungan ni..

dulu jugak aku pernah cakap..Kalau aku dah sayang, aku sayang betul-betul. Aku tak pandang dah orang lain. Aku mangga hati aku dengan kunci solex. Aku letak guard yang paling garang supaya tak ada orang berani ketuk pintu hati aku..
Aku yakin bila aku cakap semua tu..Betul..berakhirnya hubungan ni bukanla sebab orang ketiga..

Tengah lepak-lepak sorang-sorang, mulalah otak ni teringat-ingat pasal dia.. Dari takde lesen kereta sampai ade lesen kereta..Dari die bawak motor rxz sampaila guna kereta kancil..sampai la die bertukar kereta..bila kenang-kenang semula, macam tersusun je cerita tu..Aku ingat aku sempat karang cerita aku dengan dia sampai habis..tapi rupanya aku tak sempat pun tunggu die belikan aku cincin and sarung kat jari aku..

hm...ape la aku ni kan..Berangan bukan-bukan..
Orang tua-tua dah cakap, jangan mimpi di siang hari..aku tak boleh ingat lagi kat dia..tak boleh..! die dah tak nak kat aku..jangan ingat lagi kat die..!

Jangan pernah jatuh cinta dengan sesiape..
Jangan pernah berikan hati pada sesiapa..
Jangan pernah biarkan orang lukakan hati kita..
Biarlah ini jadi kali terakhir aku jatuh cinta..

Ya Allah, redhakanlah hatiku dengan perpisahan ini...Aku tahu Engkau sedang mengaturkan sesuatu untuk aku..Tabahkanlah hatiku menempuh hari-hari mendatang.


Diariku..dahulu aku berbahagia bila diari ini ku buka..tanpa aku sangka diari ini tertutup dengan rasa duka..

No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida