Pergilah Sementara Hatiku Masih Merelakan


Ingin ku lepaskan pergi terasa sayang..
ingin ku berada disisi situasi tidak mengizinkan..
kau pergilah dan biarkan aku melihat kau melangkah..
lepaskanlah gengaman tanganmu..
jangan lagi kau berpaling dan berhenti..
kerana aku tidak teragak-agak memanggil kau untuk kembali..
apakan daya tidak mungkin kau terhapus dihati..
apatah lagi didalam kenangan yang tidak bertepi..
tentu sekali kau mengerti erti hadir kau disisi..
sebagai peneman ketika bersendiri..
penawar segala duka dan lara..
membawa sinar bahagia yang ku damba..
tiada apa yang ku pinta selain kasih sayang yang mesra..
fahami ketika bersama bukan untuk seketika..
tetapi untuk selama-lamanya..
biarlah hadirku membawa erti..
janganlah kau hanya buatku peneman ketika sunyi..
kerana kau tidak mungkin ku lupa..
walaupun ku cuba hapuskan bayang mu di depan mata..
tetapi di dalam mimpiku kau selalu bertamu..
tersenyum manis padaku..
pergilah sayang..
sementara hatiku masih merelakan..



5 comments:

ardinihumaira said...

oh.. sungguh menyentuh hati dah perasaan.. tabahkan hati.. huhu

DOWNLOAD NASYEED PALESTINA TERCINTA

dgurlinred said...

Melepaskan bukan lah perkara mudah.. mungkin mudah diucap dgn kata2 tetapi sukar ditafsirkan dengan tindakan.. perit yang tak tergambar.. pedih tak terubat.. tapi sahabat.. hidup prlu diteruskan... jika melepaskan bakal membuahkan ketenagan dan kebahagian dimasa depan.. biarlah drimu dibanjiri air mata hari ini dan diselubungi derita hari ini...

saya ingin berkongsi satu petikan buku bacaan saya "ESOK ADALAH SESUATU YANG NGAIB KERAN IA MILIK TAKDIR.. KERANA KITA ADALAH KITA HARI INI.. JIKA KITA DIHIDANGKAN DENGAN SUSU YANG MANISHARI INI. JAGAN DIKENANG LAGI SUSU MASAM YANG TERHIDANG SEMALAM.. DAN JANGAN MEMBERATKAN AKAL DENGAN MEMIKIRKAN ADAKAH KITA BAKAL DIHIDANGKAN DENGAN SUSU MASAM ATAU MANIS ESOKNYA"...

Allah tidak akan menguji umatnya yang tidak mampu menangung dugaan.. SABAR adalah ubat paling mujarab.. YES! mudah berkata tetapi perit utk dilaksana.. tetapi bila mana kita sedara dan faham hikmah dan definisi sebenar sabar.. insyaallah hati akan tenag..

banyakkan ingat kepada yang esa.. insyaallah kekutan hati akan datang tanpa kita duga.. Wish u A better Day...

-DgurLinRed-

Adi Alida said...

memang..bercakap lebih mudah..
mudah dari melakukannya..
thanks utk nasihat yg sgt2 berguna.. ^_^

Nirwana A. said...

hai. visiting. :)
hang in there.

http://oneare.blogspot.com/2010/06/if-we-ever-meet-again.html

APAN said...

jangan meyesal dengan keputusan anda nanti...
:)

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida