Lagenda Budak Setan

i'm counting days..to watch Lagenda Budan Setan. Tak sabar pulak rasenya. Tengok trailer dia cam best. Even pelakon dia pun aku suka..Tapi tak pernah pulak baca novel Lagenda Budak Setan. Dengar je pernah la..and cerita ni adalah adapatasi dari novel tersebut yang merupakan salah satu novel Ahadiat AkaSo, 3hb ni nanti kita sama-sama serbu semua panggung yang ade ye?


Sebelum tu, korang better baca sinopsis cerita ni. So, mane-mane makhluk yang agak-agak rase tak berminat dengan jalan cerita ni, baik jangan tengok..kang habis tiket, tak dapat aku nak tengok..



Sinopsis Lagenda Budak Setan Credit to anizyn


Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.


Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.


Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.


Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.


Lakonan: Farid Kamil, Lisa Surihani, Que Haidar, Fazura, Raja Farah, Sheila Mambo
Pengarah : Sharad Sharan
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.

13 comments:

kin said...

hello..hell0....
i'm goin to watch it toooooooooooooooooooo.....yeahaaaaaaaaaaa!!!!!

ayienz said...

aku pn suke gk cite ni.. nk tgok jgk.. lgi2 ade que haidar,lisa surihani.. hehee... tp tkde liyana jasmay plak.. hehe...

Adi Alida said...

3hb ni gi serbu jom..aku pon tak sbr nk tgk..dgr lagu tema die bes sesangat..bile la leh donlod

Zulfadhli said...

dengan penuh harapan
ia cerita yg best :)

APAN said...

hmmm...kalo ade awek ni mesti bes ajak tengok sekali...
nak gi tengok ngan membe boleh kene fitnah lak nanti...
haha...

Hasrol Nizam said...

best ke cerita ni? takut war2 je lebih..hehe

tapi nanti nk tgk jugak

Khairi Mohd said...

salam, bleh kenal?

Adi Alida said...

zulfadli : dengan penuh harapan? hihi

APAN: haha..ade lak gitu..ajak la awek

Hasrol Nizam: bes..dgr cite novel die best. dah wat muvi mestila lg feel..

Khairi: salam..boleh..

APAN said...

kalau jumpe awek esok sy ajak la kot...
haha...

Adi Alida said...

APAN : ajak sy? haha..ye la tu en. Apan..

APAN said...

x berani la ajak tuan blog...
nanti x pasal2 blog saya kena banned...
haha...

gurau je...

simon said...

bes cte ni sbb ada 2 owg ni kn..hehe
xsbr nk g tgk ni..hehe

Adi Alida said...

APAN : sy tak banned blog org..jgn isau

SIMON : betol2..hihi gandingan yg ideal..

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida