Part 2 : Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak sambung jadi penglipur lara korang lagi sekali. Setelah sekian lama cerita terkubur macam tu aje.Yes...Cerita ni kalau tak dikongsi, mungkin suatu hari bila aku makin meningkat usia,mungkin akan lupa jalan ceritanya. Kan? Blog, salah satu cara untuk aku mengabadikan kenangan ni, supaya nanti bila aku dah tua-tua nanti,aku baca semula..mungkin akan membuatkan aku tersenyum simpul sorang-sorang. hihihi...

Ataupun,mungkin jugak aku boleh tunjuk kat anak aku. Ha,kan..waktu tu baru diorang tau betapa canggihnye aku dulu. Berblogging..cewah..Atau mungkin akan datang, blog pun dah tak ada?
Kali ni, aku nak stori pasal hari persandingan aku. 18 November 2012.

Perkahwinan aku dibuat serentak dengan kakak aku. Sebab beza umur kami cuma setahun. Tapi kalau dikenang-kenang, zaman sekolah dulu tak pernah terfikir atau terbayang pun dikepala yang kami akan bersanding di atas pelamin yang sama..dan pada hari yang sama. Sumpah, tak pernah terlintas langsung. Maklumlah, dulu aku memang tak sebulu je ngan kakak aku. Kawan dia, aku tak campur..Kawan aku,silap-silap langsung dia tak kenal.

Dulu kalau lawan bola jaring kat sekolah, selalu gaduh. Dan kebiasaannya aku tak akan satu team dengan akak aku. Mana boleh, musuh ketat tu..Tapi masa dan usia betul-betul membuatkan kita matang. Jarak yang jauh akhirnya membuatkan kita sedar, ikatan itu takkan pernah putus. Malah makin kuat. Errr...ni cerita pasal apa ek?

hihi..gua salah tajuk ke? Ok..start dengan majlis persandingan kitorang.

Tepat jam..9.30 pagi..tepat ke ek? Tak sure la tepat jam 930 pagi ke mak andam kitorang datang. Ha! we share the same mak andam. Too sad, aku tak suka mekap dia. Aku tengok muka akak aku, patu cermin muka aku. Mekap yang sama, tapi versi muka yang berbeza. Sedih!

Tapi tak boleh nak buat ape la kan. Redha je la. (aku tak nak letak gambar close up mekap tu)

Pakai sendiri weh!

Paling tak boleh lupa masa aku nak sambut pengantin lelaki. Payung aku tak de weh!! Gamble je jalan..ceitt.. Tak sopan sungguh. Nampak sangat tak sabar nak bersanding ye.

Lepas bersanding dan ditepung tawar oleh family dan kawan-kawan..amik gambar ala kadar, patu gi makan. Serius lapar sangat. Tapi bila suruh makan tak nak pulak kan. Theeeee time makan beradap pun aku tak makan sangat. Disebabkan aku sakit gigi. Ngilu gila kau...Tapi pura-pura senyum sebab aku tau ada banyak kamera kat depan.

dah kenape muka masing-masing camtu...haish..

This is my husband

Thanks kawan-kawan yang datang..

Sara amik berkat ke?

 I am a mommy to be

Tadaaa!!! time potong kek! kesimpulannya, kek sedap. hehe..(aku tak suke gambar suap menyuap yang selalu orang amik tu. Sebab nanti nampak gigi kapak aku yang besau tuuu!!! Jangan tanya kenapa aku tak upload gambar potong kek..

Lepas habis semua program, kitorang bergambar lagi sampai penat..

Saya tau..die sayang saya...^_^

Cer teke..kat mane ni..


mood : terkilan tak dapat bergambar ramai-ramai dengan kawan-kawan yang datang. Apa-apa pun, thanks semua sebab datang ke majlis aku.



No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida