100 Hari Bergelar Isteri


Harini merupakan hari ke 100 aku bergelar seorang isteri. Hari demi hari, banyak perkara yang aku belajar. Contohnye, bila suami penat jangan berleter. Bila suami macam nak marah, kita senyum. Bila dia senyap, cepat-cepat pujuk semula. Takut-takut die kecik hati ke dengan apa yang aku cakap.

Dalam tempoh ni jugak, banyak yang kami kongsi. Kongsi gelak, ketawa, tangis, susah, senang, sakit..Bukan dulu tak kongsi..Tapi tak berapa nak kongsi la kan..Dulu sebelum kawin, kalau aku sakit, dia cuma mampu dengar je aku nangis-nangis kat tepon. Sekarang, bukan kongsi dengar je, tolong bawak aku gi klinik, pegang tangan aku bila aku sakit, cuba redakan sakit aku even tak berjaya pun (sebab dia bukan doktor) Tapi..walaupun tak la berkesan macam ubat yang doktor bagi,sedikit sebanyak dapat jugak melegakan perasaan aku. Ingat lagi mase aku sakit, kebetulan aku kat office, lepas aku call my hubby cakap aku sakit, die datang amik aku bawak gi klinik. (admit that aku sempat gak marah die sebab die lambat) tapi die sabar je. Pegang tangan aku, (huuu...sebak kejap.) Dalam pada tu sempat gak die melawak dengan aku kan, tak tengok muke aku dah biru tahan sakit. Geram je..

Tapi walaupun die suka buat lawak yang menyakitkan hati aku, walaupun dia suka menganjing aku, walaupun die suka cari jalan buat aku marah, walaupun dia suke kacau aku tidur, walaupun dia suka sepahkan baju, walaupun dia selalu buat-buat tak dengar bila aku mintak bawak gi berjalan, walaupun dia selalu berebut dengar radio dengan aku..dan walaupun dia tak cakap dia sayang aku hari-hari..Tapi aku tau yang cuma aku yang ada dalam hati dia. Dan aku nak dia jugak tau yang semakin bertambah bilangan hari, rasa sayang aku akan bercambah untuk dia.

Aku ni tak rajin masak, kadang-kadang makan luar, kadang-kadang masak la. Tapi yang kadang-kadang masak tu yang jarang sekali. Ingat lagi first time dia puji aku masak ayam paprik. Kembang kempis tali perut aku. wihwihwih..^_~ Tapi biasalah, makanan sedap memang susah nak dapat. dalam 10kali aku masak, mungkin 1kali akan sedap. yang lebih tu cukup-cukup buat alas perut je. haha :P Yang penting aku masak dengan kasih sayang. Tak gitu?

Walaupun begitu, walau tak secantik puteri, walau tingkah aku tak seindah bidadari, walau aku tak setabah serikandi, sebagai seorang isteri yang serba kekurangan, aku tetap berharap akulah wanita yang paling bahagia di dunia. Aku tetap berharap akulah satu-satunya wanita yang dia kasihi, dan aku tetap berharap aku dapat memberi yang terbaik selagi aku diperlukan disisi seorang yang bernama suami.

Untuk hari yang ke-100 ni jugak, teringin aku imbas semula saat lafaz nikah keluar dari bibir dia. Walaupun tak kuat dan lantang, tapi cukup jelas untuk aku dengar.

"Aku terima nikahnya Nor Addeyla binti Jaffar dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai."

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini pilihanmu di Arash
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku diduniamu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Amin..


Andai suatu ketika dulu aku pernah melukakan hatimu, maafkanlah
andai suatu ketika dulu aku pernah membohongimu, maafkanlah
andai suatu ketika dulu aku pernah mensia-siakan pengorbananmu, maafkanlah
Andai suatu ketika dulu aku pernah membuat dirimu terasa terhina, ampunkanlah
Andai saja waktu itu mampu kuundur semula
Mungkin aku akan menjaga hatimu sebaik mungkin
Andai kini aku mampu..
Untuk menjadi cahaya yang menerangi malammu
Untuk menjadi penawar setiap dukamu
Untuk menjadi insan yang membahagiakanmu
Untuk menjadi isteri yang menyenangkan hatimu
Yang dimana syurga itu adalah bawah telapak kakimu
Yang juga redha itu milikmu
Menjadi penentu syurgaku..

Dear my beloved husband,

You know you are the number one for me
There is no one in this world
That can take your place
I’m sorry for ever taken you for granted

I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you

Now I will try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me

-100 Hari- 


No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida