Debat Agama Ustazah Pilihan dan Imam Muda

Assalamualaikum pembaca blog tersayang..

Semenjak cuti ni, sempat jugaklah aku layan tv. Kebetulan pulak aku tengok iklan pasal program Debat Agama yang melibatkan Ustazah Pilihan dan jugak Imam Muda. 
Sebelum komen mengenai program ni, aku nak mintak maaf kalau komen aku ni akan bertentangan dengan pendapat segelintir pembaca ataupun sesiapa saja terlibat. Ini cuma pandangan aku. Pandangan seorang Islam, yang tentu sekali bukanlah berniat untuk menjatuhkan Islam..

Aku tengok program ni lebih kepada perdebatan yang tak sihat. Mungkin ada pihak yang cakap, "baguslah program ni. Dapat mencungkil dan berkongsi idea antara pandangan lelaki dan perempuan." tapi bagi aku..program ni lebih kepada meruntuhkan kepercayaan dan keyakinan pada ustazah dan imam muda yang suatu ketika dulu kita kagum dengan kredibiliti masing-masing. 

Tengok je la pada slot yang lepas-lepas, perdebatan tu aku tengok..tak ubah macam pergaduhan dan pertelingkahan pendapat..yang mana aku lihat, masing-masing cuba mempertahankan hujah masing-masing hingga rasional dan releven tu hilang sama sekali. Ustazah yang dah beremosi sampai suara jadi nyaring keranan nak mempertahankan hujah yang langsung tak bernas..dan mungkin senang kalau aku cakap,dah lari topik pun ada..Manakala si imam muda ni pulak lebih lantang memperlekeh dan menyalahkan golongan wanita dalam kes pembuangan bayi. Di sini aku lihat, bukan jalan penyelesaian dan permasalahan yang didebatkan..Tapi lebih kepada salah menyalah antara lelaki dan wanita.

Mungkin kalian patut belajar bagaimana mengawal cara pertuturan dalam sesuatu perdebatan. Ekspresi muka juga turut memainkan peranan penting. Kalau antara penonton dapat lihat, ada ketika si pendebat menunjukkan ekspresi muka , i mean plus dengan body gestures yang kadang-kadang memperlihatkan bahawa mereka sangat tidak professional bila berdebat. 

Percayalah..sesuatu yang dirangka dengan niat yang baik..tapi tak dipantau..mungkin jugak akan jadi sesuatu yang tak baik. Harap pihak yang berkenaan dapat kaji semula tentang program ni. Lebih banyak baik..atau lebih banyak buruk..Jangan merendahkan Islam dengan perdebatan yang tak sihat macam ni.






2 comments:

Encik Boss said...

Saya sokong pandangan cik Adila :)
Dalam dunia perdebatan apalagi kalu melibatkan hukum hakam islam bagi saya mereka yang lebih berpengalamn cnthnya Ustaz Azhar Idrus,Ustazah Siti NorBahiyah etc lebih bijak melontarkan kata2 mereka.Jiwa muda mudah rasa tercabar menyebabkan mudah cepat melenting.pengalaman yang membezakannya dan ilmu juga tidak semantap orang lama.

Anonymous said...

aku sokong dila.. walaupun tak tgk langsung debat tu..hahaha.. kalau psl pembuangan bayi, lelaki nk salahkan perempuan memg xadil la. kalau xde lelaki, prmpn xblh mgndung..hoho

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida