Filem Sekali Lagi

Sebenarnye dah tengok cerita ni last week lagi..9hb hari tu..Siap nangis-nangis lagi kat panggung tuh.Tapi kaum-kaum lelaki yang tengok cerita tu leh gelak time part sedih. Aku pun tak paham kenapa diorang gelak. Part sedih tu lawak ke? atau lelaki memang akan gelak bila die tengok cerita sedih? Ataupun jugak..kerana ego,lelaki buat-buat gelak instead of mengalirkan air mata?
Ah,aku peduli ape..sedih..nangis ar..huuu..tapi cerita tu memang sedih gile. Sedih time bile ek? banyak la part sedih cerita tu..PSsst!! kat bawah ni aku ade ciplak sinopsis dari DEFARHANO VIL LIFE

Sinopsis Filem Sekali Lagi:


Arman (lakonan Shaheizy Sam) sakit autisme. Lakonan dia jadi budak-budak memang real gile..Tak kekok and tak geli telinga pun dengar..bagi aku la..heheh cam comel je..bile dia berganding dengan Mia Sara.
Dia kena kawen dengan FARINA. (Sebenarnya Arman diperangkap) Pastu ade sekali tu Farina telah bergaduh dengan Arman dan meninggalkan Arman seorang diri di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang itu, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Hehe..Time tu la watak Mia Sara sebagai Amy muncul..
Seorang kanak-kanak kecil yang berada di situ, memekik dengan kuat, dan sekaligus memaksa menyelamatkan Arman. 
Bagi Arman, walaupun Amy hanya berusia 5 tahun, tapi Amy amat pintar dan berdikari sekali, malah lebih pintar dan berdikari berbanding dirinya sendiri. Persahabatan terbentuk di antara mereka, dan Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Arman siap mintak pendapat pasal dia nak kawen dengan Farina lagi..


Dalam pada tu, Shiela(lakonan Lisa Surihani) merasakan dirinya terhutang budi pada HARIS (Lakonan Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya. Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris.


Meh sini nak bagitau rahsia tu..Dulu dia pernah kawen ngan Arman. Tapi akhirnya Arman tinggalkan dia waktu hari kematian ayah Lisa Surihani tu. Time tu jugak sebenarnya Lisa tu baru sedar yang dia mengandungkan Amy. Terkontang kanting dia hidup sorang diri. Bagi dia, Arman tinggalkan dia sebab tak sanggup hidup susah. Tapi padahalnya, Arman dapat tau dia ade tumor kat otak. Disebabkan pembedahan, Arman jadi perangai cam budak2..Tapi Lisa tak tau..


Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris. Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman..


Pengarah
Hashim Rejab
Lakonan:
Shaheizy Sam : Arman (Pelakon Utama)
Lisa Surihani : Sheila (Pelakon Utama)
Mia Sara Nasuha : Amy (Pelakon Utama)
Bront Palarae : Haris (Pelakon Pembantu)
Kartina Aziz : Puan Suria (Pelakon Pembantu)
Shasha : Farina (Pelakon Pembantu)
Zul Handyblack : Bapa Saudara Sheila (Artis Jemputan)
Ana Dahlia : Ikin (Artis Jemputan)
Bob Lokman : Bapa Sheila (Artis Jemputan)
Amylia Nastasha Aziz : Zarina (Artis Jemputan)
Krew:
Mohd Noor bin Kassim : (Pengarah Fotografi)
John Kajang : (Pengarah Seni)
Arinah binti Emran : (Pembantu Pengarah)
Penerbit:
David Teo : (Penerbit)

No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida