Bila cik Rin0x Bercerita

Special Brought to You by High heels vs Bola..
Ni sebenarnye angan-angan mat jenin je..saje-saje je aku tulis cerita ni..Memang berhajat nak buku kan citer ni..Tapi tak reti camne and citer ni tak habis lagi...So, nanti...silalah komen ye..ape yang patut..saye budak baru belajar..


Enjoy!!


Tajuk??? Ilham Mimpi..buat masa ni la..Tapi mungkin sebab aku tak jumpe lagi tajuk yang sesuai..


WANI mencampakkan begnya ke katil kosong itu.  Nasib baik aku dapat katil bawah.  Kalau tak tentu saja penat dia hendak turun naik katil. Tubuhnya yang kecil itu direbahkan ke atas tilam yang tidak berbalut itu.  Seketika kemudian dia hanyut di dalam alam mimpi yang sentiasa menyingkap kenangan pahitnya dulu.

“Jangan! Tolongla aku Maz.” Wani merintih.

“Hei, relax la Wani.  Lepas ni mesti engkau akan berterima kasih dengan aku.” Mazni tersenyum sinis.
Rambutnya yang panjang itu dikuak ke belakang. Kemudian datang pula dua orang lelaki yang sasa memegang erat pergelangan tangan Wani.

“Maz, tolong aku Maz. Jangan buat macam ni. Adam! Adam! Tolong aku..” Wani menjerit. Takutnya bukan kepalang.

“Adam!” jerit Wani hingga akhirnya dia tersedar dari mimpinya. Dia menoleh ke kirinya kelihatan seorang gadis berteleku memerhatikannya.

“Hai, saya Ika. Awak dah bangun? Lama saya tunggu awak. Dari Zohor sampai Maghrib baru awak bangun.” Huluran tangan itu disambut lambat-lambat.

“Wani. Syazliana Awanis.” Huluran ikhlas itu disambut penuh curiga.  Gadis itu masih tersengih dengan memeluk kepala lututnya.

Wani bangun dan mencari-cari kain batiknya.  Memang sengaja dia tidak membawa tuala.  Maklum sajalah, tuala dia sudah berlubang sana sini.  Malu jugak nak bawak.  Langkah selamat, memakai kain batik ibunya walaupun sudah agak lusuh.

 “Awak datang dengan siapa? Saya sampai tadi pun awak dah tertidur,” Ika membaringkan tubuhnya ke atas tilam yang sudah lengkap bercadar.

“Saya datang dengan keluarga.”  Wani menipu di saat pertama kali perkenalannya dengan gadis comel di depannya.

Begitulah perkenalan mereka bermula saat Wani melangkahkan kakinya ke dunia Universiti. Penipuan yang tidak disengajakan langsung.  Hinggalah mereka menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.  Wani dan Ika masih tetap bersama.  Rumah sewa mereka kali ini pun jasa baik dari keluarga Ika.  Ataupun mungkin tak patut dia menggelarkan rumah sewa.  Lebih tepat jika dia menggelarnya sebagai ehsan orang tua Ika yang memberinya tempat tinggal. 

Minggu orientasi untuk pelajar ijazah baru saja tamat.  Belum banyak tugasan dari para pensyarah diberikan kepada pelajar.  Masing-masing dengan dunia mereka.  Sibuk mengejar kebahagiaan masing-masing.  Ika dengan dunia cintanya bersama Faisal.  Aku?  Aku macam inilah.  Orang lain ada date hujung minggu, aku bekerja dengan Pak Dolah kedai makan.  Aduh..penatnya Tuhan saja yang tahu.


---to be continued---

5 comments:

LovESweeTCandY said...

cepat smbunggg...hehehe

Adi Alida said...

assignment setelkn dulu...hehe..

YuuKi IcHiRoU said...

sweet..bla nk smbg nye..sy da lm tgu ni..sy kn kipas ssh mati sweet..uhuhu..sweet bz ea skrg..lm x borak ngn sweet..windu suda..=)

Adi Alida said...

yuuki: hehe..kipas ssh mati sy? hehe kipas la..tengah pns ni..

YuuKi IcHiRoU said...

ehehe..yayaya..=D
die hard fan die la..(^_~)V
meh nk kipas2 die..kipas lipas..=D

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida