Aku Bersimpuh di hadapanMu

Kalau dulu kita digemparkan dengan berita tsunami..yang melibatkan beratus-ratus nyawa..melibatkan banyak negara..kali ni datang pula gempa bumi dan tsunami di Jepun. Hingga menyebabkan kebakaran di loji penapisan gas asli kat Tokyo. Tapi kita masih tak nampak dengan jelas perancangan Allah..Mungkin ramai yang tak tahu, gempa bumi kali ni adalah gempa bumi terburuk dalam sejarah Jepun..Kita masih merasakan itu adalah fenomena biasa. Mungkin sampai satu saat bila hal itu terjadi pada kita, baru kita akan sedar yang hidup ni cuma pinjaman. Tak selamanya kita akan merasa indahnya dunia.


Bila semua ni terjadi, tiba-tiba hati aku terdetik..di tahap mana aku berada. Seorang perempuan yang masih leka dengan dunia belajarnya, rakan-rakan yang masih gila-gila lagi..dengan perangai yang masih terbawa-bawa dari zaman remajanya, masih tak menghiraukan tanggungjawab sebagai seorang anak yang solehah, kakak yang boleh dijadikan contoh, jauh sekali sebagai adik yang boleh dibanggakan..Aku diberi kebebasan untuk mencorakkan diri aku sendiri..kepercayaan yang jarang sekali diperolehi oleh orang lain dari orang tua mereka.


Tapi sekali lagi aku mengambil mudah kepercayaan mereka..aku sekali lagi gagal untuk menjadi seorang anak yang solehah, seorang kakak yang boleh dijadikan contoh, seorang adik yang boleh dibanggakan...


Aku leka dengan nikmat dunia..Aku alpa dengan kehidupan aku yang sibuk. Malah aku terbuai dengan keseronokan bercinta..


Sekali ini aku tersedar, dalam sekelip mata nyawa yang aku pinjam ini bakal dipulangkan. Pilihan yang ada cuma dua..


Pulang kepada Pencipta dengan amal sepanjang aku di dunia

atau

kembali kepadaNya dengan penuh hina..


-Ya Allah, Kau berikanlah aku hidayahMu-
Jadikanlah taubat ini taubat yang terakhir

Ya Allah...
HidayahMu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerana mengejar nikmat dunia

Hari ini aku bimbang
Jika berakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi padaMu
Ya Allah...
Berikan aku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Ya Allah...
Berikan daku petunjukMu
Untuk ku meniti ke jalan redhaMu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru

5 comments:

YuuKi IcHiRoU said...

alhmdlh..bla kite msh sdr..tntg kbsrn & keagungn nya..tkutkn mati..mnangisi dosa2 kita..insyalh..smg tuhan mmbrkati hdp kita, ampunkn dosa kita, mlimphkn kurnia & brikn ptnjuk ke jln yg bnar..amin ya rabbl alamin..

rin0x_adz said...

yuuki : amin..iman manusia boleh bertambah dan berkurang..harap2 hati ni makin hari makin rindukan Penciptanya..

YuuKi IcHiRoU said...

sweet..klu bgitu..slalulh tunduk & sujud pdnya..mnadah tgn mohon agar dkasihi & dlimpahi kurnia dr nya spya hti sntiasa kukuh serta dttpkn iman pdnya..insyalh..=)

rin0x_adz said...

yuuki: thanks for the advice

YuuKi IcHiRoU said...

ur wlcm my sweet..=)

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida