Yang Salah itu Aku..

Seringkali aku terfikir,
betapa mulia dan bersihnya hati Nabi kita..

tetap tersenyum walau dibenci
tetap tenang walau dimusuhi
tetap membantu walau disakiti
tetap menyeru walau diusir pergi

tapi kenapa kita mudah benci bila dikasari
mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi
mudah kecewa bila orang tak memahami
mudah terguris bila kita dinasihati
Ayuh hati, tabahlah kembali
agar segala yang indah menghiasi peribadi
kerana qudwah kita adalah Nabi
kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki



itulah aku..


Semalam,kerana kelancaran jari menaip di keyboard rupanya dalam masa beberapa minit je aku dah membuatkan kawan sendiri salah faham dengan kata-kata aku.



Ikhlasnya, kata-kata itu bukannya untuk menghentam atau membidas mana pihak..kata-kata itu sebenarnya perangsang untuk aku sendiri..
peringatan untuk aku sendiri agar dalam mengharungi onak dugaan dalam berkawan, jangan sesekali aku cuba mengguris hati seorang sahabat.

Malangnye,sahabat aku sendiri telah terasa hati dengan perkataan yang aku keluarkan.. Sungguh, kalau aku tau kata-kata itu akan mengguris hati dia dan membuatkan dia salah faham dengan niat aku, mungkin aku takkan berbuat sedemikian. Padahal kata-kata itu adalah nasihat dari seorang sahabat..yang aku hormati sebagai seorang kakak, nasihat yang aku pegang hingga ke saat ini.

Dan berbekalkan nasihat itulah aku cuba memahami dirimu, menerima kenyataan bahawa manusia itu berbeza tingkahnya.

Dan kerana itu juga aku percaya setiap sahabat itu unik dalam peribadinya yang tersendiri.
Dan kerana itu juga aku menerima dirimu, kelebihan juga kekuranganmu.
Malah berharap kekurangan aku tidak sama sekali menjadi kayu ukur untuk kamu membenciku.


"fahamila seorang teman..dan terima kelebihan dan kekurangan dia seadanya.."
aku pegang kata-kata itu sampai bila-bila.




No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida