Ratuku…





Ratuku ♥

Ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan

Tentang kebimbanganku ini

tatkala melihat bunga-bunga berguguran

Dipetik tangan-tangan ganas

lagi bernafsu serakah




Ratuku…

Kebimbanganku ini masih menebal

bila kudengar dengungan kumbang-kumbang perosak

yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu




Ratuku

Kebimbanganku bertambah lagi

bila ku melihat bunga yang tak segan silu

melampiskan kecantikannya

ketika sedang mekar

melupakan kuntuman

yg sebelum ini melindunginya…




Ratuku…

Aku masih terpinga-pinga

Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku

Krn apa yg aku lihat hari ini

smkn banyak bunga-bunga gugur

bagaikan tibanya musim luruh




Ratuku…

Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa

Yang berlari-lari antara safa dan marwah

bukan juga sesetia Ainul Mardhiyah

menanti kekasih di pintu syurga




Ratuku…

Akuilah hakikat yang tersurat

Engkau bukanlah Siti Khadijah

Mahupun Siti Fatimah, engkau bukan Aishah

Bukan juga Rabiatul Adawiyyah

Wanita suci terpuji

Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa,

cukuplah sekadar engkau cuba

Mencontohi bunga-bunga itu

Kembang mekar mewangi

Sehingga harumannya melewati

pintu-pintu syurga




Jangan kau risau Ratuku

Kadangkala musim berganti

sehingga bunga tak dapat berkembang mekar

Tapi itu hanyalah ujian buatmu




Ratuku…

Esok musim bunga akan tiba

Dan kau akan mampu berkembang lagi

Cuma yang kuharapkan ketika itu

Kau jaga kelopakmu itu

Jgn sampai tangan-tangan kasar

memetikmu lagi

Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu

Jangan biarkan gagak-gagak hitam itu

merosakkan serimu

Kerna..Kau ratu idaman kalbu




Ratuku…

Aku bukanlah memandang kecantikanmu

Walaupun kadang kala aku tertarik memandangnya

Tapi bukan itu yang kuharapkan

Aku yakin ratuku,

masih ada sinar harapan

Yang bisa membuatku tersenyum lega

kerana akan ku temui ratu yang benar-benar ratu…



No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida