FAKE!!

Aku benci!!! Aku benci mereka yang berpura-pura. Terlalu susah ke untuk berterus terang? Terlalu sukarkah untuk mengatakan kebenaran? Kenapa perlu pembohongan?
Kenapa perlu kepura-puraan!!!

mungkin.. terlalu banyak sebabnya yang membuatkan kita terpaksa hidup dalam kepura-puraan.
Kadang-kadang aku selalu berpura-pura menjadi seorang yang lain.
Berpura-pura kita tak pernah punya perasaan dengki padahal kita sebenarnya cemburu!
Berpura-pura menyukai sesuatu yang paling aku benci..
Perlukah aku akan kepuraan itu? Tidak!! Cukuplah..!!
Kerana aku masih bercakap benar untuk menerangkan sesuatu perkara..
Sedang engkau...?
Berpura-pura memahami sedangkan kau tak pernah sekali pun merasainya..dan
Berpura-pura bila berkata, "aku turut mencintaimu.."
Berpura-pura tidak ambil kisah sedangkan kau terlalu peduli dengan hal itu.
Senyuman, kemesraan, pengertian..kononnya!! Segalanya penuh kepuraan di dalam..kenapa mesti berpura-pura??

Supaya orang akan suka dengan kita..? Supaya hidup kita sentiasa didampingi..?
Dan begitulah kita sehingga kita mati..hidup di dalam kepura-puraan, supaya kita punya kawan kononnya. Tapi untuk ape semua tu? Inilah dunia!! Dunia ku yang penuh dengan HIPOKRIT!!

Aku tak ingin kepura-puraan itu hadir dalam diriku..dalam jiwaku..
Tapi sebenarnya...mampukah aku menolak tuduhanmu..
bahawa aku juga turut berpura-pura selama ini. Kerana sememangnya aku akui..terlalu sukar untuk berterus-terang akan duduk perkara yang sebenar..
Terlalu sukar menyatakan kebenaran sedang lidah begitu payah menuturkannya.

Aku juga pernah hidup dalam kepuraan itu. Berpura-pura tersenyum tatkala jiwa sedang terluka.. Berpura-pura ketawa sedang hati aku menangis.. dan berpura-pura bahagia saat aku berduka.. Kerana sebenarnya, aku turut berpura-pura..

No comments:

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida