Aku ada sebuah cerita..

Keunikan masyarakat Felda,
Orang kata kerana kemuafakatannya,
Namun, banyak juga kulihat tak betulnya,
Kerna aku juga asalnya Felda..
Di sini aku dedahkan di antaranya,
Perangai si pakcik makcik Feldaku,

Kalau tiba musim kenduri..
Kau tak pergi kenduri aku, aku tak pergi kenduri kau,
Kau buat kerja sikit, kenduri kau aku malas tolong,


Buat kerja ungkit-mengungkit..tiada keikhlasan,
Tak pandai berborak kena sisih..dikata sombong,
Tak cakap karut-karut..kena sindir, tak ikut gaya mereka,
Berborak tak mengumpat,tak mencaci…tak ada style,

Cakap asyik meninggi..orang lain nampak rendah,
Cakap pasal duit, pasal anak menantu kerja hebat,
Bergelak ketawa…bermodalkan keburukan jiran sendiri,
Hingga kawan sendiri pun diumpat diperli,

Ada juga yang pergi kenduri memilih bulu,
Yang mana kaya, peramah…mereka mahu,
Yang mana miskin, tak bergaya…mereka tak peduli,
Sampai kenduri arwah pun ada yang tak pergi,

Prinsip mereka, biar papa asal bergaya,
Hutang ribu-ribu…buat rumah besar,
Kenduri besar-besar tak padan diri..nak jaga standard,
Duduk melepak konon pandai cakap politik,
Mahu kerajaan hadiah sejuta depan mata,
Mentaliti rendah..tetapi selalu mahu jaga standard,

Tak ikut gaya majoriti..
Dipinggir..diumpat..diperli..dipersalahkan,

Ada juga yang style suka orang ada dibawahnya saja
Orang kaya sikit, dihantar 'orang suruhan' untuk buat dajal
Kononnya biar dia saja yang maju
Biar dia saja yang bijak, kaya dan berharta
Orang lain tak boleh lebih..

Wahai Masyarakat Feldaku,
Ubahlah perangai mu !

5 comments:

DeStiNy said...

Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

rin0x_adz said...

betul tu..tapi inilah manusia akhir zaman..
hidupnya cuma untuk menindas..menjadi parasit dan mengambil kesempatan sntiasa.
pantang ade orang lebih sikit..huh..~

wirajiwa said...

rasanya nih org melayu laa nih semer gini, tak kira walaupun dok kat kampung warisan atau felda..kalau dah org melayu nih, gini laa..Tapi mengubah masyarakat atau golongan yang lebih besar bermula dari mengubah diri sendiri. Kita toksah laa jadi buruk huduh pangai gayer gitu.

rin0x_adz said...

erm,ye la pun..(dengan gaye ala-ala mak bercakap)

wana wazm said...

nice blog. n u sgt cute! hee. sy follow blog awk. kalau sudi,singgah la blog sy.^^

InstaFeed

INSTAGRAM FEED

@adi_alida